Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam,
Pagi ini DS mendapat tahu, novel dewasa DS terbitan Fajar Pakeer sudah siap dicetak dan kini mula dipasarkan ke seluruh tanahair.
Syukur alhamdulillah!
~_~ Secara rasminya, DS kini menjadi ahli keluarga
Fajar Pakeer pula. Pun begitu, keluarga lama (
KarnaDya Solutions) tetap terpahat di hati kerana jasa, tunjuk ajar, budi baik mereka tidak mungkin dapat DS balas... Terima Kasih!
Sebuah karya ~ Dinaz Salsabila
2 comments:
Salamz DS, tahniah daun keladi. Walau pun dah berkeluarga baru, tapi jgn la lupa pada besan2nya di tempat lain.. kekekek
Semoga terus berjaya, yihaaa
Waalaikumsalamz MR aka pokcik, terima kasih lagi... dan lagi... dan lagi...
Erk, besan? alamak, semenjak bila pulak kita berbesan ni? hmm... kalau jadi adik-beradik lain mak lain bapak tu... mungkin ada kut?! ~_~ kekeke!
Semoga kita sama-sama berjaya, ceh... Chaiyok!
Post a Comment