Kisah Sekolah
Salam.
DS ada banyak cerita nak letak kat sini tapi... nanti-nantilah dulu sebab sekarang ni sedang sibuk dengan kerja rasmi.
* * * * *
Okey, sekarang dah waktu rehat.
Sepanjang minggu lepas, DS sibuk sekali menguruskan hal ehwal persekolahan anak-anak.
7 pagi, DS bersama 3 orang anak termasuk Insyirah pergi ke SKMKJ yang terletak di Kpg Melayu. Malah DS sendiri turut mendengar pesanan dan amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar di dewan perhimpunan yang baru siap dibina. Menurut beliau, tahun ini bayaran yuran ditangguhkan sehingga ke pertengahan tahun. Para ibu bapa hanya dikehendaki membayar duit insurans Takaful sebanyak RM1.50 sahaja. Memandangkan Aiman bakal menduduki UPSR, pihak sekolah juga telah bersepakat mengadakan kelas tambahan pada waktu malam (8 - 10) setiap hari isnin dan selasa. Usai perhimpunan, semua murid-murid bergerak ke kelas baru mereka yang penuh dengan habuk dan debu. Maklumlah, hampir 2 bulan sekolah ditutup!
8.30 pagi, DS membawa Insyirah ke sekolah tadika kemas sedangkan DS dah daftar dia di sekolah tadika Al-Ummah (ABIM). Berbelah bagi juga kerana ABIM telah menetapkan bayaran pendaftaran sebanyak RM481 dengan bayaran bulanannya RM60. Dengan keadaan ekonomi yang melecet teruk, sudah wajar kita mengamalkan sikap jimat cermat. Lalu, anak saudara DS mengesyorkan agar menghantar Insyirah ke sekolah kemas sahaja kerana cikgu yang mengajar di situ ialah bekas cikgunya. Akhirnya, DS pergi ke sekolah kemas tersebut. Dan, DS agak terkejut kerana bayaran pendaftarannya hanya RM100.
Fuh! Leganya apabila semuanya sudah selesai. Namun begitu, petangnya sekali lagi DS pening kepala. Kali ini di sekolah agama pula. Aiman dan Afifah masuk pada pukul 2. Sebagai ibu bapa, kami perlu menunggu cikgu kelas untuk berbincang mengenai hal berbangkit. Seperti Afifah, DS mahu menyerahkan bayaran yuran dan kitab. Aiman pula DS mahu menukar waktu masuk dari pukul 2 kepada pukul 4.15.
Tunggu punya tunggu, dekat pukul 3 barulah kelibat cikgu kelihatan di luar kelas. Itu pun, dia sibuk mengarahkan para pelajar mengangkat kerusi dari sebuah kelas untuk dihantar ke sebuah kelas yang lain. Aduh, berpeluh-peluh maklum sahaja cuaca ketika itu sungguh terik! Ada juga si ibu yang mengeluh kerana terpaksa menunggu begitu lama dan kelas yang dikatakan itu masih belum wujud, hai... sabar ajelah. DS tak berani nak komen apa-apa kerana di dalam situasi itu, kita kena saling bertolak ansur.
Alhamdulillah, nampaknya Insyirah sudah serasi dengan dunia barunya. Apa sahaja pelajaran baru yang dipelajari akan diceritakan semula di rumah. Selain belajar di dalam kelas, cikgunya dah mula melatih bermain bola jaring untuk perempuan dan futsal untuk lelaki. Mereka semua bakal menyertai pertandingan sukan itu antara sekolah-sekolah kemas yang lain.
Ada satu hari tu, Insyirah meminta DS mengalunkan lagu 'Negaraku'. Dia pun terus berdiri tegak, bernyanyi dengan penuh semangat. Aii... macam DS pulak yang masuk sekolah tadika tu! kehkehkeh...























2 comments:
Hmm..kesibukan seorang ibu...begitulah juga dgn kesibukan seorg guru menyambut pelajar baru..cara yg berlainan, kesibukan tetap sama..
Ya, kesibukan itu boleh jadi berlipat kali ganda sekiranya tiada persefahaman antara banyak pihak. Daya pemikiran kita juga perlu ditingkatkan sejajar dengan perkembangan pesat teknologi IT. Malahan para pelajar tadika sebaya 5 tahun juga kini sudah mampu mengenal papan kekunci seterusnya mengendali sesebuah PC! Hebat, kan?
Post a Comment