"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

16 February 2009

'Cikgu'

Salam.

Pada malam sabtu lepas, DS ke sekolah kerana menghadiri satu program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Maklumlah, tahun ni Aiman bakal mengambil UPSR. Disebabkan itu jugalah DS tak dapat pergi menghadiri bengkel KD yang diadakan di KL. Kiranya, tahun ni DS tak dapat nak bergerak ke mana-mana. Apatah lagi, selepas meninjau rekod yang berada di dalam sistem pihak sekolah, Aiman hanya ditarget akan mendapat 3A & 2B sahaja.

Dia lemah dalam subjek BI & Sains. Pihak sekolah menasihati kami iaitu para ibu bapa yang merangkap guru di rumah agar memantau pelajaran anak di rumah. Buat jadual yang sesuai dan hadkan aktiviti menonton TV (kartun) dan bermain di luar rumah.

Perkara ini memang nampak susah terutama buat ibu bapa yang bekerja full time (sabtu/ahad pun kerja). Bagi DS, agak mudah sebab ada 2 hari rehat jadi bermula sabtu, DS menjadi guru tuisyen sambilan Aiman. DS latih dia menjawab soalan UPSR tahun-tahun lepas (terbitan Cerdik Publications). Buku ini telah disyorkan oleh guru kelasnya sendiri. Di sebelah pagi, subjek BI dan di sebelah petang, subjek Sains.

Di sekolah pula, Aiman ada kelas tambahan dari pukul 1-2 petang dan kelas tuisyen dari pukul 8-10 malam (isnin & selasa). Dalam pada itu, mulutnya membebel sebab dia kepenatan sehinggakan waktu makan tengahari pun terlepas. Kadang-kadang tak sampai hati juga tengok dia. Selepas pulang kelas tuisyen, dia terus menonong masuk ke bilik dan tidur sampai ke pagi.

DS cuma mampu menjawab, sabarlah Aiman... setahun aje, dah abis UPSR nanti... Aiman dah boleh enjoy sakan. Hai... kuruslah Aiman gamaknya!

2 comments:

Bie'z said...

Salam kak
sian Aiman....lps ni dia dh tk blh jwb...AIMAN TAK KISAH lagi dh sbb dia kena kisah jugak sbb nk ambik UPSR thn ni.Saya doakan kejayaan AIMAN Yg KISAH hehehe

dS said...

Salbie S >
Wsalam. Terima kasih atas doa, Amin...
~_~
Aiman x kisah kalau masuk bab makan aje... kita baru sepinggan, dia dah masuk 3 pinggan! Siap puji2 lagi... masakan mamanya yang sedap, hehehe!