Geng Upin-Ipin Dah Kaut RM2 Juta!

Salam.
DS cilok tajuk di atas di laman sawang sensasi... murai.com. 2 Juta tu! Wow, syabas!
.
Jumaat lalu, DS dan geng di ofis DS dah pun tengok filem ini. Ternyata amat menghiburkan hati sehingga meletus tawa kami tanpa dapat dibendung-bendung lagi... kah! kah! kah!
.
Bagi diri DS, scene yang paling kelakar sudah tentulah, monyet yang sedang membonceng motorsikal tuannya. Kelakar sangat-sangat. Kiut dan lucu monyet tu! Kelucuannya berjaya mengatasi makhluk yang muncul dari alam halimunan yang bernama opet.
.
Tak tahulah kenapa? Mungkin juga opet tu tak pandai cakap bahasa Melayu dan seringkali mengulangi perkataan yang sama berbunyi seperti... 'faze-faze'.
.
Satu lagi, sewaktu menonton filem ini DS terasa seperti membaca novel 'DOL LEMAN' aje... mungkin tema dan jalan ceritanya yang hampir sama terutama untuk siri-siri yang tak lari dari misteri... hahaha!
.
Apa-apa pun, sekalung tahniah buat mereka yang berdiri di balik tabir filem ini, Les' Copaque. Teruslah berusaha untuk memertabatkan filem animasi kita ke persada dunia!!!























2 comments:
"betul..betul..betul..betul."(dialog upin&ipin) =D
filem ni memang best selaku filem perintis 3D di malaysia. dengan bajet ciput (4.5juta cukup kecik jika dibandingkan dgn filem2 hollywood), boleh tabik la dgn Les' Copaque.walaupun masih banyak 'kekakuan' sana-sini, tapi.... filem ni masih boleh dikategorikan sebagai 'bagus' dan banyak unsur2 lawak.ye la..bukan senang nak buat kartun wei...
jom tengok ramai2, bagi sokongan dgn filem tempatan..
Vee > Kak DS juga setuju 110%. Hari tu dah tengok kat pawagam, lepas ni nak tunggu DVDnya pulak... boleh tengok berulang-ulang kali... memang tak jemu punya! ~_~ hehe...
Post a Comment