Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam.
Hari ini di ofis DS ada jamuan perpisahan, seorg kawan DS nak pergi berpindah ke bahagian lain. Seperti biasa, macam2 menu ada disediakan... nasi briyani, rojak buah, cendol, kek coklat, kuih-muih + air sirap bandung.
Kenyang tu kenyang juga tapi sayu pulak sebab kawan DS ni kiranya yang paling suka buat kecoh. Kalau dengar dia bercakap, satu ofis ni boleh jadi gamat! Dia juga paling aktif dalam bidang ko-ko seperti bowling, karom dan orang kuat kelab aerobik kami... huu huu!
Kepada Pn. F, selamat bertugas di bahagian baru dan jangan sesekali melupakan kawan-kawan lama di sini... esp DS! ~_~
No comments:
Post a Comment