Menjejak Sukma

Salam. Tak taulah nak tulis apa? Sebab takut tertulis sesuatu yang tak sepatutnya. Hmm... lebih parah lagi jika nanti akan mengecilkan hati seseorang.
Tapi... selagi tak tulis, rasa tak puas pulak! Hmm?
Semuanya pasal KAWAN BAIK. Dia yang selalu melayang SMS dan melirik suara manjanya melewati alat fonsel. Adakalanya, kami berYM.
Rasanya tak susah nak dapat kawan, kan? Hanya mulakan dengan ucapan salam, ramah mesra dan saling bertanya khabar. Jika dia ada blog, bacalah atau tengoklah cerita yang ditulis atau potret yang ditampal. Bila tak puas, kita coret sesuatu di ruang komen.
Namun, agak sukar nak menjaga sebuah perhubungan apabila terjadi sesuatu tragedi. Biar pun, bukan itu yang kita pinta dan tak diduga sama sekali. Mungkin sudah tertulis di wasiat perjanjian kita dengan DIA. Dan, sebagai seorang muslimah, redha dan muhasabah diri adalah jalan yang sebaik-baiknya.
Lambat laun, masa yang berlalu akan merawat hati yang terluka. Kalau pun, masih ada sisa-sisa kelukaan atau parut yang cacat namun, anggaplah ia sebagai sebuah piala yang melambangkan semangat setia kawan.
Astaghfirullah al-Azim...























1 comment:
Percaya tak jika kak katakan kak terpaksa tunggu lama di sini semata2 kerana hendak menghntar komen? adoi... loteh den. Hehehe...
mujurlah kak ni jenis bersahabat tidak terlalu kerap berhubung melalui apa sahaja sistem komunikasi canggih. malah dgn jiran2 pun kak jarang berbual. kak sekadar hendak menjaga iman. banyak bercakap banyak salah. umpat mengumpat akan jadi mainan harian saja di lidah.
kerana takut terumpat keji orang lain (kak tahu tahap iman kak) kak pilih bersahabat tanpa perlu kerap berbual. cukuplah apa yg perlu sahaja :)
Namun kak yakin kemesraan antara kita dan sahabat2 kak yg lain berpanjangan insyaAllah.
Post a Comment