Kursus Pengurusan Masa
As Salam.
Sibuknya! Minggu lepas DS mengikuti kursus anjuran BMR, Effective Time Management. Sejujurnya, kursus ini memang DS tunggu-tunggu sebab berkaitan dengan pengurusan masa. Sepanjang dua hari, DS didedahkan dengan pelbagai konsep dan teknik untuk menguruskan masa dengan bijak.
En. Muz, pengajar yang bertugas sangat peramah, berdedikasi dan berpengalaman luas. Beliau tidak lokek berkongsi cerita mengenai dirinya sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu. Tentang sikap ketegasan ayahnya yang mahu setiap anak-anaknya mencatat segala aktiviti di papan hitam.
Tentu saja papan hitam itu dijadikan sebagai panduan agar memudahkan tugas ayahnya untuk mengambil mereka dari sekolah pada bila-bila masa.
Seperkara lagi, sebagai individu yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluarga, kita digalakkan menggunakan diari/planner/to do list. Tak kiralah samada di dalam bentuk manual atau program seperti di PC atau HP. Lebih baik jika disetkan sekali alarm agar kita juga sentiasa alert dengan rancangan yang akan berjalan nanti.
Masa itu emas dan kehidupan kita terus berlangsung tanpa kita sedari. Justeru, manusia yang berjaya tidak akan sekali-kali mensia-siakan setiap detik masa. Hmm... mulai sekarang, DS juga kena berubah. Tak boleh suka-suka curi masa (berborak lama-lama) dan buang masa (buka laman web yang tak berfaedah).
DS petik sedikit kata-kata En. Muz, sebenarnya senang untuk kita berubah tapi susah untuk kita mengekalkan perubahan itu. Err... betul juga, kan? Hehehe... tengok sajalah!























7 comments:
hm.. senang untuk berubah tetapi susah untuk mengekalkan perubahan.. agaknya samalah orang lebih senang nak mencapai kejayaan ttp nak mengekalkan kejayaan tu yang ssh! Hmm???
Kak Nik >
Hmm... tak juga, biasanya apabila kita dah berjaya ramai orang akan menyukai kita. Namun, tak dapat dinafikan ada juga segelintir yang tak suka sebab mereka tak puas hati atau cemburu dgn kejayaan kita. Bergantung kepada keadaan, mungkin susah dan mungkin juga senang terutama jika kita bijak mencuri peluang yang sudah terbuka di depan mata. TK.
Untuk mengekalkan perubahan memang sukar namun untuk memulakan perubahan sukar juga. Pendek kata, tiada perkara yang senang kecuali kita keraskan diri untuk berubah ke arah itu.
Peringatan untuk diri sendiri juga
Ust.Zakiah >
Sebab itulah ada yang kata, senang nak susah dan susah nak senang!
Puan ds,
saya bukan ustazah
saya orang biasa sahaja
yang suka membaca dan membaca dan membaca heheheheh
Ust.Zakiah >
Tak sudi ke terima gelaran tersebut? Ustazah = guru yang memiliki ilmu dan tak lokek berkongsi ilmunya..~_~
Sudi puan cuma ilmu saya terlalu sedikit...
tidak terbanding jika dibandingkan dengan puan...
Semoga puan ds lebih banyak hasilkan karya selepas ini Insya ALLAH
Post a Comment