"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

04 May 2009

Sorotan Peristiwa

Salam.

Syukur alhamdulillah, hujan yang turun pagi itu bagaikan air mawar yang direnjis-renjis justeru membawa keberkatan yang sungguh tak ternilai. Di sebelah tengahari pula, sang suria mula muncul lalu menyimbah cahaya gemilang. Dan, majlis tersebut pun berakhir dengan jayanya.

Paling istimewa apabila saudara mara kami yang tinggal jauh di utara sanggup turun ke selatan. Terima kasih DS ucapkan kepada Mak Ngah Ramlah sekeluarga, Mak Andak Rashidah dan suami serta kawan-kawannya, Cik Ros sekeluarga, Pak Su Zali sekeluarga, Pak Teh Tipi sekeluarga dan lain-lain.

Seawal subuh, jiran kami yang dipanggil Kak Normah, menghantar sumbangan berbentuk beberapa talam kuih bakar. Demi menunaikan wasiat arwah mak, katanya. Dahulu, mereka bersahabat baik. Menurut ceritanya lagi, arwah mak pernah meminta dia membuat kuih talam untuk majlis kahwin anak bongsunya nanti. Hampir menitis air mata DS, terharu dan terkilan.


Sungguh pun gembira tika menyambut rombongan pengantin, di minda tetap terbayang wajah arwah mak yang sedang tersenyum. Sempat pula dia hadir dalam mimpi DS beberapa hari sebelum. Sememangnya, inilah harapan arwah agar anak bongsunya mendirikan rumah tangga walau pun kini dengan pasangan yang lain. (Dahulu, adik DS ni pernah bertunang namun sayang, tiada jodoh lalu putus!)

Okeylah, DS undur diri dulu. Jika ada gambar majlis itu (yang diambil oleh adik ipar), pasti DS akan menata hias ruang entri ini... insya'Allah!

No comments: