TAG oleh Hanny Esandra dan Romibaiduri
Terima kasih, Hanny dan Romi! TAG ni Kak DS dah baca kat blog kenkawan yang lain.. seronok sebab jawapannya tu yang kelakar. Namun, secara jujurnya Kak DS tak nampak apa hubung kait di antara setiap soalan terutama soalan no. 1? Tak fahamlah! Ada sesiapa yang boleh terangkan tak?
1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda
Perkataan pertama? Hmm.. dah lupa plak! 13 tahun tu.. cuma yang paling DS ingat, dia kirim salam dan minta izin dulu nak telefon DS. Mungkin... "Helo, assalamualaikum?"
.
2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.
a) Membuka pintu rumah atau kereta
i : anak kunci ii : butang alarm
.
b) Mencucuk plug soket
i : penutup pen ii : pensil (sampai patah dibuatnya!)
.
c) Simpan air minuman
i : botol air ii : tong air (heater)
.
d)Ketika blackout
i : lampu dari handphone ii : torchlight
.
e) Meluahkan rasa hati
i : doa dalam sujud ii : tulis BLOG
.
f) Siang ikan
i : gunting serbaguna (untuk potong sirip, ekor dll.. kiranya, hensemlah ikan tu kena touch-up)
ii : pisau sedap (pisau kegemaran, risau betul kalau hilang.. boleh meroyan 1 badan!)
.
g) Susah hendak buang air besar
i : makan buah betik ii : telan pil
.
h) Di mana anda simpankan dokumen penting
i : beg khas dalam almari ii : laci meja tepi katil
.
i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : lari sekuat hati, cari pokok, sembunyi di situ.
ii : kalau dah ribut, mana sempat nak capai benda.. (buat bodoh aje/pura-pura pengsan!)
.
j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku ii : gunting bengkok
.
k) Melihat waktu
i : jam tangan ii : kedudukan matahari
.
l) Kalau badan terasa panas
i : minum air sejuk ii : buka baju kut! (tengok tahap kewarasan)
.
m) Ternampak pencuri
i : rakam gambar dia (handphone) ii : telefon kawan untuk minta bantuan untuk sama-sama kejar/tangkap
.
n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : pernah tengok iklan dafi, gunakan gula getah ii : alat penyepit (biasanya buat tak tahu, ini cuma kes nak tolong orang aje!)
.
o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : bantal peluk
ii : 'bantal peluk' kikiki!
.
Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. (Ceh.. patutlah, macam kena soal-siasat kat dalam lokap aje!)
.
Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda, apa mereka kata?
Ada sesiapa yang sudi menyahut cabaran? Silakan! Terutama rakan-rakan penulis KD dan FP... jawab jangan tak jawab!























No comments:
Post a Comment