"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

08 May 2009

Tag oleh Sarnia

Akhirnya, DS kena TAG lagi! Sarnia ni... memang tau, suka-suka hati aje nak TAG orang balik... grr!

Nasib baiklah demam dah kebah... seharian berselubung di dalam gebar tau! Err... tak taulah kalau jawapan ini boleh diterima pakai atau pun tak? Layan je!


...10 Facts About Me...

1. Peramah jugak tapi tengok mood

2. Suka senyum (termasuk masa tidur!)

3. Suka berangan, berkhayal, termenung... semua yang sewaktu dengannya!

4. Suka mendengar sambil bernyanyi ketika sedang memandu kereta

5. Suka bersiar-siar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt

6. Suka menggelabah apabila menghadapi situasi penting

7. Suka mengambil gambar, melukis (tahap amatur aje!)

8. Tak suka orang yang suka mencari kesalahan orang lain

9. Tak suka kalau tahu kawan baik sendiri kutuk di belakang

10. Tak suka orang berbual/ketawa dengan suara yang terlalu kuat


Siapakah yang bertuah nak kena TAG pulak ya? ~_~ hmm...

1. Ebriza

2. Tanne @ ZZ

3. Pu3 Imaneisya

4. Syima Syawal

5. Salbie S

2 comments:

zakiah said...

Puan Dewi,

apa khabar hari ini?
dah sihat betul ke?

salam ukhuwah
zakiah

dS said...

Puan Zakiah >

Terima kasih sebab ambil berat. DS belum sembuh betul.. ubat pun tak habis lagi! Alahai.. bercinta betul!