"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

20 August 2009

M C

Salam. Dah petang baru dapat coret di sini, itu pun sedikit aje dan seringkas yang boleh.

Pada hujung minggu, DS diserang demam panas. 4 malam tak boleh tidur. Fikiran asyik melayang dan meracau-racau sehingga ada masanya, DS rasa macam dah nak mati! Bila dah ingat mati, mulalah meleleh air mata. Sedih. Tentu Aiman, Afifah dan Insyirah akan meratapi pemergian mamanya ini. Hai... itu baru pasal anak, belum lagi masuk bab amalan di dunia yang tak seberapa. Dosa jangan cakaplah! Setiap hari kita asyik mengumpul dosa. Mungkin sebab itulah sakit ini sebagai penghapus dosa-dosa kecil. Semasa sakitlah kita akan rasa insaf dan bertaubat.

38. Itulah bacaan yang direkodkan setelah alat pengukur suhu ditepek di dahi. Doktor dah nasihatkan DS pergi ke hospital jika demam masih tak turun namun, entahlah hati ni berat betul nak ke sana. Apatah lagi, situasi di hospital sekarang sungguh sesak. DS pergi ke klinik lagi hari esoknya. Kali ini, bacaan mencecah 39. Hari seterusnya pun masih sama. Macam-macam ujian! Untuk H1N1, negatif. Untuk denggi juga negatif. Doktor dapati tekanan darah DS rendah dan dia nasihatkan DS rehat sahaja di rumah.

Syukur alhamdulillah, hari ni DS dah makin sembuh dan rasa macam tak percaya aje, ALLAH SWT masih bagi peluang untuk DS melayari kehidupan bersama insan-insan tersayang...

No comments: