"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

28 August 2009

Puasa dan UPSR

Salam semua. Hampir seminggu kita berpuasa. DS pun jadi sibuk 2 kali ganda. Maklum aje, masak sendiri. Balik kerja, kelam-kabut menyediakan bahan masakan sambil mandi, solat dan angkat baju. Sampai baju pun, tak sempat berlipat ditambah lagi dengan musim hujan. Kadang-kadang, tak sempat kering dah basah balik. Alahai, mujur minggu ni, budak-budak tak sekolah. Kalau tak, entah macam mana gaya rumah DS tu? Dengan tak berkemas, sebiji macam tongkang pecah!

Tak lama lagi, Aiman bakal menduduki UPSR. DS tengok dia relaks aje. Susah betul nak nampak dia pegang buku. Entahlah, nak disuruh-suruh takut dia tension pulak. Manalah tahu, kut-kut dia penat belajar di sekolah. Hari-hari balik lewat, kemudian pergi ke sekolah agama di sebelah petang. Pada sebelah malam pulak, dia ada kelas tuisyen di sekolah. Memang DS simpati bila tengok dia pulang waktu malam, tiba aje di rumah terus menonong masuk ke bilik.

Kami langsung tiada masa untuk berbual apatah lagi berbincang mengenai pelajarannya di sekolah. Hari tu, sempat jugak tengok kertas percubaan UPSRnya. Aduh, pening kepala... DS sendiri pun tak faham! Harap-harap, Aiman sentiasa tenang dan berjaya menjawab semua soalan UPSR nanti. Seperti orang lain, DS juga mahu dia mendapat keputusan yang cemerlang... 5A tentunya!!!

2 comments:

FarEastNajmi said...

Moga kejayaan menjadi milik anak DS

dS said...

FarEastNajmi >
Insya-Allah! Amin! Terima kasih, ya! Kak DS juga nak ambil peluang ini untuk ucapkan salam takziah atas pemergian si kecil tempohari...