Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Selamat Pengantin Baru ditujukan kepada pasangan mempelai, Fazila dan Arfizan.

Sabtu lalu, DS sekeluarga berpergian ke BP untuk meraikan pasangan ini. Ila ialah adik kepada adik ipar DS yang menetap di BP. Ila seorang pensyarah di UTM dan sedang bercuti semester, dia melanjutkan pelajaran di France. Dah sampai jodohnya, semoga berbahagia dengan pilihan hati dan bahagia selama-lamanya... Amin!
No comments:
Post a Comment