Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam. Harap semuanya sihat di samping yang tersayang. Minggu lepas, DS baru aje berjaya menyelesaikan tugasan terakhir terhadap mms awal remaja.
Sebagaimana lazimnya, DS mereward diri sendiri dengan membaca novel pula. Sebenarnya, masih banyak lagi novel yang belum terusik. Beli untuk disimpan sebagai koleksi peribadi. Ada juga novel yang tak sempat dibeli mengenangkan tiada masa untuk keluar ke kedai buku.
Dua naskhah novel telah berjaya disempurnakan pembacaan dalam masa yang singkat aje. Rasa tak mampu nak lepaskan karya mereka ini!

Kisah percintaan yang manis dan mengusik jiwa antara Zureen Nadirah - Idhar. Emosi DS mula tercabar apabila pasangan kekasih ini mula membina mahligai perkahwinan. Seronok membaca karya seperti ini dan ada pembaharuan yang cuba ditonjolkan. Syabas SS!

Kisah sambungan novel awal remaja, Alia. Misteri kehilangannya akhirnya terjawab jua. Banyak unsur saspens, mistik, jenayah dan sedikit cinta yang ditampilkan oleh penulis. Ternyata garapan ZZ sungguh baik, padat dan meninggalkan kesan yang amat mendalam (sebab DS suka genre begini cuma belum mampu nak hasilkan sendiri... heheh!)
No comments:
Post a Comment