"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

19 November 2009

Saat Terima Keputusan UPSR

Salam semua. Tadi, kira-kira pukul 11.00 am keputusan UPSR diumumkan di sekolah Aiman. Semua pelajar dihimpunkan di dewan dan bersama-sama mendengar pengumuman yang akan dibuat oleh guru. Nama-nama pelajar pun diumumkan. Seorang demi seorang naik ke atas pentas, berjabat tangan dengan para guru, ambil sijil dan rakam gambar sebagai kenangan.


Seramai 22 calon mendapat 5A manakala 16 mendapat 4A 1B. Aiman dengan titisan air mata, memegang slip keputusannya. Kawan-kawannya berkerumun. Pelik, pasal apa dia menangis? Kisahnya, dia sekadar dapat 3A 2B. Dia sedih sebab gagal memperolehi 2 lagi A.

DS sendiri musyil pada mulanya kerana menyangka dia tidak lulus. Akhirnya, lega dan redha dengan keputusan yang diterima. Lagipun, masih terlalu awal untuk mengukur tahap kejayaan akademiknya. Perjalanannya masih panjang. Yang penting, Aiman kena buktikan dan terus berusaha untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat!
Fakta UPSR Aiman 2009 :
A - BM1, Maths, Scie
B - BM2, Eng

4 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ds..
Tahniah untuk aiman..
alah..aiman dpt 5A pun bukan dpt masuk U pun lagi...
Ni baru permulaan, banyak lagi yg aiman akan lalu..
Apapun tahniah untuk Aiman..

dS said...

W'salam kak nik, DS b/p Aiman ucapkan terima kasih. Alahai.. benda dah lepas, tak guna nak dikesalkan lagi. Lagipun DS dah boleh agak, dia menangis tu sebab terlepas peluang utk miliki h/phone baru.. hmm!

~_~

Vee said...

tahniah... orait la tu! =)

dS said...

Vee, apa kbr? dah lama kita x jumpa.. rindu plak.. Terima kasih bah!