Doa Selamat Untuk Abah
Salam. Khamis malam Jumaat yang lepas telah diadakan kenduri doa selamat untuk abah di surau berdekatan rumah abah. Kebetulan pula jatuh pada hari ulang tahun kelahiran adik bongsu DS, E1 yang ke 28 tahun. Happy Birthday, E1! Semoga panjang umur, sihat, bahagia, murah rezeki.. dan bagi abah cucu yang lebih ramai lagi.. Amin!
Justeru kami adik-beradik telah berbincang beberapa hari sebelum dan E1 ingin menaja menu utama kenduri iaitu nasi lemak ayam goreng istimewa dimasak oleh mak mertuanya. Selain itu, dia turut membawa pulut kuning bersama rendang daging. Memang sedap tau! Untuk makluman, mak mertua E1 ni memang dah lama berniaga di flat MSC di Pasir Gudang.
Adakalanya DS sendiri teringin nak makan nasi lemaknya terutama sambal tumis yang memang meletop! Kalau rumah kami dekat, hari-hari DS dah borong nasi lemak mak mertua E1 ni.. hehe!
Hari Khamis tu kami bercuti dan DS sampai ke rumah abah sekitar pukul 4 petang. Walaupun dah ambil cuti DS masuk juga ofis sekerat hari sebab nak settlekan kerja yang belum siap.. closing maa! Macam tulah nasib diri kalau kerja di bahagian akaun, selagi tak siap rasa tak aman dunia ni.. risau tau terutama mengenangkan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada SAJH.. wah, kalau tak naik gaji ni memang tak patut!
I say.. masuk bakul angkat sendiri plak ek? Taklah, DS gurau aje. Semuanya ikhlas, DS cuma buat apa yang termampu untuk kebaikan semua pihak. DS mengaku kerja DS masih tak cukup sempurna. Ada lagi kecacatan di sana-sini yang tak larat nak dihuraikan di sini. Dan, jika diconggak-conggak, memang tak cukup waktu kerja 8 jam sehari tu!
Okey, balik semula kepada topik asal. Hehe! DS bawa Insyirah aje ke rumah abah sebab Aiman dan Afifah bersekolah agama. DS juga bawa kuih bakar yang dimasak oleh anak saudara, Ezza. Pesan 1 dapat 2.. seronok, kan! Yang lagi 1 tu, dia sedekah. Terima kasih daun keladi, Ezza! Jadi sampai rumah abah, DS membuat persediaan awal. Bungkus kuih-muih dan air mineral yang dibeli di kedai pemborong di Batu 5.
Mak Yah (mak baru DS) masak mi bandung Muar. Sedap. Rasanya sebijik seperti di gerai mi bandung yang terkenal di Tg. Agas, Muar! Dahulu, Mak Yah pernah buka gerai namun terpaksa dihentikan lantaran kesibukkan menjaga cucu dan mengajar budak-budak mengaji al-Quran.
Abah balik dari kedainya sekitar pukul 6. Dia terus bersiap-siap nak ke surau. E1 belum tiba-tiba lagi! Adi pun sama! Janji nak datang tapi batang hidung pun tak ada. Azan Maghrib dah berkumandang baru E1 muncul bersama orang rumahnya, Mai dan juga tak lupa, nasi lemak istimewa. Mujur dah siap dibungkus jadi terus dihantar ke surau bersama bungkusan kuih-muih dan pisang sebagai pencuci mulut.
Usai solat Isyak, kami berkumpul anak-beranak di rumah abah semula. Huu.. huu! Sob.. sob! Sedihlah.. rasa nak nangis sebenarnya apabila dapat duduk berkumpul 3 beradik kembali (Ita terkecuali sebab dulu dia memang tinggal di asrama). Teringat balik zaman kami kecil-kecil dahulu.. bila tiba waktu makan, kami sekeluarga akan berkumpul di meja makan. Dan, yang paling DS terkilan sebab teringat kat arwah mak!!!
Sambil menikmati hidangan, kami pun bincang pasal urusan hantar dan ambil abah nanti. Abah akan berangkat ke KL pada petang Rabu depan, 10hb via Fireflyz @ LTASI, Senai. Dari KL pula, 11hb, abah bersama keluarga Ita akan menunaikan umrah dan dijangka pulang ke tanahair semula pada 21hb. Mac. DS, E1 dan Adi bersepakat nak sambut kepulangan mereka di KLIA nanti.
Insya-Allah, mudah-mudahan perjalanan mereka semua dirahmati Allah SWT dan diberi ganjaran yang setimpal, pahala dan syurga Firdausi.. Amin!
p/s: Kawan-kawan, jika sudi diharap dapat kirimkan doa selamat untuk mereka sama-sama ya!























No comments:
Post a Comment