Demam Datang Lagi
Salam dan selamat sejahtera. Apa khabar? DS minta maaf sebab dah dekat 3 minggu tak coret di sini. Sebenarnya, DS demam. Demam virus. Virus yang tak dapat dikenalpasti. Tahu-tahu dah demam. Beberapa hari sebelum tu memang dah rasa lain macam, kepala pening dan selalu rasa macam nak tumbang. Ingatkan tekanan darah rendah tapi bila dibuat pemeriksaan, okey pulak!
Dah seminggu pun DS demam. Paling tak tahan bila suhu badan mula meningkat. Panas sangat. Kemudian, sejuk menggigil-gigil padahal masa tu tengah panas, memang pelik! Selepas dapat rawatan di klinik, seperti biasa DS cuba habiskan pil yang dibekalkan sampai tekak ni dah hilang rasa, payau aje...
Hari Isnin pergi ke klinik sekali lagi sebab masih tidak sembuh, mungkin ubat tak berapa sesuai. Doktor nak ambil darah DS untuk ujian. Dia kata, gelombang ke-2 H1N1 dah mula menyerang dan sesiapa yang dapat penyakit selesema, batuk dan demam perlu merujuk ke hospital terus. DS minta doktor tukar ubat dahulu dan berjanji akan ke hospital jika masih sakit. DS juga bawa Insyirah bersama kerana badannya panas. Dia asyik mengadu perutnya sakit dan hilang selera makan. DS pun sama, selepas baik demam, tekak ni masih tak ada selera. Sekejap sakit perut, sekejap sakit kepala.. rasa tak selesa sangat!
Pun begitu DS reda aje, dah tiba masanya untuk dapat penyakit. Penyakit adalah penghapus dosa dan harap-harap DS berjaya melawan virus ini dan kembali sihat, insya-Allah!























No comments:
Post a Comment