"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

06 April 2010

JB-Sg.Buloh-Gerik-P.Hulu

Salam.

DS baru aje balik dari sebuah perjalanan yang paling jauh.. untuk setakat ini. Gerik yang terletak di hulu negeri Perak sebelah utara Semenanjung Malaysia. Berdekatan aje dengan daerah Pengkalan Hulu (sempadan Yala, Thai).
Mak menakan DS (Cik Ros) telah mengadakan majlis kenduri kahwin sempena menyambut menantu sulung. Anaknya, Khairul Azmi atau dipanggil Own bertemu jodoh dengan orang Ipoh, Aisyah.


DS bawa Aiman dan Insyirah aje sebab Afifah terlibat di dalam persembahan nasyid untuk majlis Maulidur Rasul anjuran masjid. Manakala cik abang pula menyertai karnival sukan antara majlis-majlis bandaraya semalaysia di Melaka (badminton). Walaupun tersingkir pada pusingan awal, dia tak pulang dengan tangan kosong sebaliknya dapat hadiah cabutan bertuah.. hehe!


Di Gerik, kami menginap di Rumah Rehat dengan kadar RM70.00 semalam. Selepas habis majlis, kami adik-beradik berpakat nak ke Pengkalan Hulu sekadar untuk melihat-lihat sambil mendapatkan barangan cenderahati yang dijual di The Zon (sempadan Msia-Thai). Malang sekali kami sampai di situ pada 6.30 petang dan kompleks ditutup pada 7.00 petang. Masing-masing kelam-kabut mencapai apa aje barangan yang berkenan.
Dalam begitu, sempat juga bertandang ke rumah rakan penulis, Cik Tanne @ Zahidah yang kebetulan pulang ke kampungnya di Pengkalan Hulu. Wah, tak sangka sama sekali kami disambut dengan hidangan laksa! DS puas hati sebab tak sia-sia berjalan jauh dan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Tanne atas layanan istimewa sepanjang berada di kediamannya.

Untuk pasangan mempelai dan seisi keluarga Cik Ros pula, DS ucapkan selamat pengantin baru dan selamat menyambut menantu, semoga berkekalan ke akhir hayat.. Amin!

No comments: