Ucapan selamat untuk semua
http://mms4.celcom.net.my/smil/XkBF8tI32ibAdOn1273362136.html
Salam.
DS terima e-kad di selfon daripada nombor yang tidak dikenali. Namun begitu, jutaan terima kasih diucapkan kepadanya dan juga rakan-rakan yang telah memberi ucapan sempena Hari Ibu yang lalu.
Bait-baitnya,
"Motherhood is a tough 24-hr job: No pay. No day-off. Most often unappreciated.And yet resignation is impossible.Hello pretty mom! Happy mother's day!"
Bunyi macam kelakar tapi bagi DS, tugas seorang ibu di zaman moden ini memang sangat-sangat mencabar apatah lagi jika memiliki anak remaja. Baik anak lelaki atau anak perempuan, sama-sama susah. Dengan kemajuan dunia siber, semua benda berada di hujung jari dan sekelip mata terhidang di depan mata. Terlalu sukar untuk ibu atau bapa atau penjaga mengawalnya. Dan kami cuma mampu berdoa semoga Allah swt melindungi mereka daripada anasir-anasir buruk.
DS berharap anak-anak DS dan juga pengunjung blog ini yang masih berusia remaja, pelajarilah ilmu akhirat. Sebab, ilmu ini boleh dijadikan sebagai pelindung atau 'firewall' yang boleh membentuk masa depan kalian. Dunia ini hanya sementara dan perjalanan kita masih panjang.
Sebetulnya bulan Mei ini terlalu banyak hari yang istimewa. Hari ini adalah tarikh kelahiran adik DS ketiga. Esok pula tarikh kelahiran cik abang DS. Ada juga rakan-rakan yang menyambut hari ulang tahun mereka pada bulan Mei ini.
Diharap mereka semua diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan dikurniakan rezeki untuk bersedekah kepada yang memerlukan serta berbahagia di samping keluarga tersayang. Insya-Allah.























No comments:
Post a Comment