"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

17 July 2011

Re-union SMTU '88


Assalam.

Apa khabar? Salam Nisfu Syaaban. Diam tak diam dah tinggal separuh bulan sahaja lagi untuk kita semua yang beragama Islam mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana, dah bersediakah? Memang seronok jika kita dapat menunaikan solat sunat Tarawikh pada sebelah malamnya pula.

Sempena ketibaan Ramadan juga, kami geng SMTU '88 telah sepakat untuk bertemu semula setelah 23 tahun berpisah. Kali terakhir, ketika menerima keputusan SPM. Selepas itu, masing-masing mula mengorak langkah ke kolej, universiti dan lain-lain. Ada juga yang terus melangkah ke gerbang perkahwinan dan tidak mustahil jika anak sulungnya dah pun berusia 20 tahun!

Justeru, sejarah baru pun tercipta. Tepat jam 8.30 malam di JB Catering yang terletak bersebelahan Stadium Larkin, geng SMTU '88 telah bertemu di dalam suasana yang cukup syahdu. Rasa teruja apabila dapat menatap kembali wajah rakan-rakan sekelas yang kini berusia awal 40-an.

Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsikan hingga makanan yang enak tidak terjamah. Lepas satu, satu. Masing-masing mula mengimbas kembali memori di sekolah dahulu tentang perangai, tabiat, kegemaran dan macam-macam lagi. Juga berita sedih, guru-guru kami yang telah pergi ke rahmatullah.

Ah! Sesi bergambarlah yang paling kecoh. Jika perempuan malu kerana saiz tubuhnya yang kembang, lelaki pula cuba menyembunyikan kebuncitan dan dahi yang makin luas.. Hahaha!

Antara yang hadir;
(P) Linda (Matahariku), Liza Rose (Ros), Siti Maryam, Haslinda, Florence, Kamaliah, Yusniwati, Mazlinda & DS.

(L) Azman Marikin, Azman Hassan, Azmi, Sabtu & Nazri

Sayangnya, ada beberapa orang rakan kami yang tidak dapat hadir lantaran terikat dengan jadual tugas. Ada juga yang kata hendak datang (Radzi & Alex) tapi, sampai kami habis makan pun, tak nampak-nampak batang hidung.

Diharap selepas ini akan ada lagi pertemuan serupa untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Jika panjang umur pasti DS menyertainya, insya-Allah.

No comments: