Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC, KL.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr. wb.
Apa khabar semua? Semoga sihat wal afiat dirahmati Allah SWT selalu.
Seronoknya! Nak tahu, apa yang buat Cik DS rasa seronok sangat tu? Tentulah disebabkan hari ini, Jumaat 27 April 2012 bermulanya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, KL. Pesta ini berlangsung sehingga 6 Mei 2012.
Jadi, adik-adik ajaklah mak ayah ke pesta buku ini untuk mendapatkan buku terbaru Cik DS ya di Buku Prima, Grup Buku Karangkraf. Buku-buku yang lama, insya-Allah ada di Fajar Pakeer dan KarnaDya Solutions.
Jika berkesempatan, jengoklah Cik DS di Buku Prima pada 1 Mei 2012 nanti. Ada cenderahati yang comel untuk adik-adik dengan setiap pembelian buku 'Insyirah dan Angan-angan'. Bolehlah kita berkenalan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Sampai jumpa ya!
Cik DS akhiri dengan salam yang paling manis & sekeping poster untuk tatapan semua...
























1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment