BANJIR LUAR BIASA!
100 tahun!
Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan musibah. Banjir luar biasa ini telah menenggelamkan bandaraya Johor Bahru, Kota Tinggi, Muar dan Segamat. Paling sedih rasanya kerana kita sudah hampir benar pada tahun 2007 yang telah dicanangkan sebagai 'Tahun Melawat Malaysia'.
Sebenarnya, musibah ini boleh dielakkan jika kita tidak terlalu taksub dengan pembangunan. Kita biarkan aktiviti penebangan pokok-pokok dan kita bersikap sambil lewa dengan membuang sampah ke dalam sungai. Malah penghuni sungai kini berdepan dengan masalah pencemaran bahan-bahan buangan/toksik!
Ramai daripada kita lebih suka mementingkan diri sendiri. Tanpa sedar, sikap seperti ini boleh memendekkan jangka hayat alam. Di mana, di sinilah tamadun manusia bermula...
Kepada mangsa banjir, bersabarlah! Hadapilah dugaan ini dengan cara bermuhasabah diri. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Kepada pihak kerajaan, janganlah bersikap tunggu dan lihat. Bertindak segera, kerana masa tidak boleh diputar kembali. Apa yang berlaku, sudah pun berlaku! Bantulah mereka, anak-anak mangsa banjir ini telah kemusnahan buku, pakaian, kasut, beg dan segala macam benda lagi! Kini... mereka tidur di atas tikar nipis dan makan pun ala kadar saja!























No comments:
Post a Comment