Salam Perkenalan
Assalamualaikum w.w.
Sudah lama juga tak updates blog ini sbb saya m'hadapi byk masalah... terutama disebabkan blog ini sudah ada new version. Saya juga sdg b'usaha utk letak box cbox tapi masih tidak b'jaya! Entahlah... agaknya diri ini mmg krg b'ilmu! Tapi cita-cita tinggi & teringin sgt nak ada blog yg cantik mcm nabil, ct, pezul, paradoks... dan ramai lagi blogger2 yg lain. Pun begitu, saya akan cuba juga sehingga b'jaya...
Makanya, apabila saya bosan kdg-kdg, saya terus buntu untuk menulis. Akan tetapi kali ini, saya ingin bercerita tentang persahabatan. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang gadis 20an. Namanya... Saliza. Adik ni berasal dari Parit, Perak. Saliza b'kerja sambilan slm 2 bulan lebih di ofis saya krn ada staf yg ambil cuti b'salin. Kini, dia dah pun sambung belajar di UTM.
Apa yg menarik ttg dia ialah hubungannya dgn kawan baik saya suatu ketika dahulu, Allahyarhamah Salwa. Cerita punya cerita rupa-rupanya mrk ni sepupu! Dia pun t'kejut krn tidak sangka kami pernah bersahabat baik.
Yang pasti, setiap tanggal 21 Januari saya akan t'kenang sml detik-detik pemergiannya. Padahal semasa itu, saya tak sangka langsung bhw kawan baik saya yg memiliki sifat yg ceria itu telah pun b'temu ajalnya.
Setelah lebih 15 tahun, saya bersahabat pula dgn adik sepupunya... Alhamdulillah! Syukur... dan semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga ke hujung nyawa! Kenangan bersama arwah Salwa tetap segar & t'simpan kemas di laci memori.























No comments:
Post a Comment