Malang tak berbau
'Membazir betul!' kata saya di dalam hati. Kemudiannya bila dah rasa sempit hati ni, saya luahkan juga di mulut.
"Membazir betul! Kalau kau kumpul duit tu.. kan lebih bagus! Boleh juga kau buat belanja kahwin, ini tidak.. dah bertunang tapi tunang kau dah lari dan minta putuskan pertunangan! Sebabnya.. perangai kau tu yg tak nak berubah-ubah! Grr.." Geramnya, Tuhan saja yg tahu!
Adik saya diam saja, mungkin setuju atau mungkin juga dia malas hendak menjawab. Dah nak dijadikan cerita, malam itu dia terpaksa memandu laju utk mengejar masa krn kedai dobi tempat dia htr baju uniformnya dah nak tutup pintu kedai (10 malam) .
"Itulah pasal! Kalau pergi awal-awal kan tak perlu berebut-rebut, kalau tak.. selamat kereta kau tu!" Leter saya bertubi-tubi persis machine-gun. Abah mencebik, tandanya dia turut bersetuju tapi malas hendak menegur anak bongsunya yg manja itu.
Kancilnya remuk, kemik sana-sani.. kira-kira.. totally lost! Yg peliknya dia ok pulak.. tiada kecederaan langsung! Relax je duduk atas katil di wad. Siap minta rokok sebtg dgn adik lelaki yg nombor 3, gi pekena kat kat dlm tandas. Eiii.. sabar ajalah!
Hai.. budak2 zaman sekarang ni mmg tak pernah ingat susah. Dia tahu nak enjoy saja! Nasiblah Kancilnya tu sudah habis hutang di bank, hmm.. kalau tak, lagi haru! Skrg tunggu claim insuranslah jawabnya..
Berbeza dgn kita sbb sudah terbiasa hidup susah! Jadi, setiap titik peluh yg keluar itu rasa cukup bernilai (w/pun berkerja di dlm pejabat air-con). Justeru, wang gaji setiap bulan digunakan utk keperluan wajib saja spt makanan, pakaian, petrol, buku dan segala macam bil.. lesen.. cukai! Baki yg seciput tu ada baiknya disimpan utk hari kemudian. Org kata; sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Manalah tahu.. esok-esok dpt pulak sakit berpakej al-maklum usia semakin bertambah.. tak pernah semakin berkurang, kan? (Isyh selisih!)
Setiap kali driving pergi-balik kerja, saya akan sentiasa berhemah krn bimbang sekiranya jika kita tidak, blm tentu org lain akan berhemah! Setiap masa ada saja kecelakaan berlaku terutama melibatkan kenderaan bertayar dua tu.. mat-mat motor ni suka benar menyelit sehingga kdg2 menyalahkan pemandu kereta yg tiba-tiba menghimpit mrk! Tak pasal-pasal kita pula diherdik sedangkan kita byr cukai jalan lebih dr dia! Huh! Tension! Bukannya kita sengaja.. apabila jalanraya sudah sesak di dpn mata, masing-masing mulalah kelam-kabut mencari arah lain!
p/s: hai.. susah juga kalau tidak ada si sutera hitam kesayanganku itu.. melalak tak berlagulah gamaknya...huhuhu!























2 comments:
Syukur adinda Dewi selamat.Nasib baik lerrr... syukur alhamdulillah. Tapi tu lerr.. budak-budak zaman sekarang. macam adik Opah De yang nak kawin tu pun cam gitu. Keta dia... sabar je aku. Boleh bayar duit hantaran dan kenduri. Bukan harga kereta, tapi aksesori tambahan yang dia bubuh... buang boreh jee.. huhu...
Terima kasih Opah De krn sesekali menjelajah ke alam kayangan cucu.. hehehe.. kelakar ek? Rupa-rupanya, adik Opah De pun serupa gak! Mujurlah sudah sampai seru, tak lama lagi cucu yakin dia akan berubah kpd lelaki matang sesuai dgn status diri yg sudah ada komitmen.. lebih2 lagi sbb sudah ada yg syg.. (isteri) hmm.. lps ni tentu dia dok touch-up bini dia pulak, Gulp!
Post a Comment