"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

12 February 2007

Sepetang di Teluk Danga


Gambar di sebelah: Jalan Skudai dari arah Johor Bahru.
Kawasan di dalam pagar adalah pusat rekreasi Pantai Lido yang telah berubah wajah dan digelar dengan nama baru yang lebih komersial iaitu Danga Bay atau Teluk Danga.

Nama ini diambil bersempena Kuala Danga yang terletak bersetentang dengannya. Penduduk peribumi yang mendiami kawasan di sepanjang Kuala Danga tersebut digelar kaum Seletar. Mereka menjadikan pekerjaan menangkap ikan dan udang sebagai satu sumber pencarian. Selain dari itu, mereka juga menternak kupang di dalam sangkar.

Jika anda ingin merasai keenakkan kupang yang segar atau melihat sendiri warga laut ini melakukan aktiviti harian, silalah pergi ke jeti Pantai Lido untuk menyewa sebuah bot. Sebenarnya, bot sewaan ini juga turut digunakan oleh penduduk di seberang sana sebagai pengangkutan mereka pergi-balik ke bandaraya JB untuk bekerja atau bersekolah.

Kini, kegiatan menambak sungai begitu giat dilaksanakan untuk tujuan pelebaran kawasan pusat rekreasi tersebut.

Di dalam masa terdekat, lebih banyak bangunan perniagaan yang akan didirikan. Ia dikenali sebagai Festive Street Mall (gambar) dan di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan dan perkhidmatan termasuk kedai 'Secret Recipe' yang sudah terkenal dengan hidangan kek dan pastrinya.

Pemandangan di sebelah malam pula memang cantik dengan limpahan cahaya neon berwarna-warni. Sungguh memukau!

Jika anda ada masa lapang terutama di waktu sebelah petang, bolehlah berkunjung ke Teluk Danga. Ada pengunjung yang gemar bermain layang-layang.. ada yang berbasikal.. ada yang berjogging atau.. berjalan-jalan atau.. tak kurang juga yang suka duduk termenung melayan fikiran. Hmm.. siapalah tu? Sambil-sambil menikmati bayu Selat Tebrau, boleh juga mencuci mata dengan pemandangan alam yang bertukar dari siang ke malam.

Dan cahaya sore di langit lazuardi pun seakan-akan malu lalu bersembunyi di sebalik awan yang putih bak kapas... menginjak masa.. sedikit demi sedikit.. berlabuhlah tirai malam! Sepetang di sana..

4 comments:

Mersik said...

Memang Danga Bay tempat cantik dan sesuai untuk jalan2 dan bersantai. Dari sana boleh melihat jauh keseberang tambak iaitu Singapura.

Uii .. best tuh kalau dapat rehat2 di danga Bay. Kalau ada yg teman lagiii best.. hik hik alahaiii

dS said...

sesekali tukar angin.. bukan setakat b'dating tapi kalu pokcik nak buat meeting atau.. launching novel baru ke haa.. sesuai sgtlah tu!

"Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru, pemandangan menawan hati
Jalan Tambak hubungan negeri.."

Anonymous said...

mana gambar pemandangan waktu malam..nak gak tengok lampu-lampu neon berwarna-warni tuu.

dS said...

sorry matzis, gambar waktu malam x smpt ambil hehehe.. maklumlah dh bz b'sidang kat rumah!
Kalau ada, nnt sy tampal kat n3 k!