Tahniah Oshun aka Opah De!

Dunia Buku: Kisah empat sahabat
NINJA Kunaharo: Misteri Wira Malam karya Oshun Muhammad berkisar kepada kisah empat sahabat di Kampung Langkap yang mengagumi kehebatan kumpulan terbabit kerana menyelamatkan penduduk daripada penganiayaan penjenayah.
Hafiz, pelajar Tahun Enam Sek Keb Seri Langkap sering menjadi mangsa buli Moid, Enal, Daman dan Usop Udit, tetapi mendapat simpati daripada May dan Riana yang kebetulan berjiran dengannya.
Keadaan itu menyebabkan Hafiz ingin mengenali Ninja Kunaharo dengan harapan dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi mengelakkan dirinya daripada terus menjadi mangsa buli.
Wak Jarien sering bercerita mengenai Ninja Kunaharo, marah pada suatu hari apabila penduduk Kampung Langkap menuduh anaknya, Encik Shamsuri anggota kumpulan terbabit kerana kebetulan baru balik dari negara matahari terbit.
Farid anak saudara Encik Shamsuri pula sering bercerita kepada Hafiz, Udit dan May yang sudah mendapat kawan baru, Riana, anak kacukan Melayu Jerman yang kembali ke kampung itu bersama ibunya, Puan Siti Naimah, selepas bercerai dengan Groffe.
Empat bersahabat itu akhirnya memujuk Farid untuk membawa mereka ke tempat latihan Encik Shamsuri, tetapi tertangkap ketika mengendap, kemudian dilepaskan selepas berjanji untuk tidak mendedahkan identiti Ninja Kunaharo.
Campur tangan wartawan akhbar Berita Benar, Fadhilah dan jurugambar, Ismail, yang cuba membongkar identiti Ninja Kunaharo dengan menawarkan habuan RM10,000 menimbulkan kemarahan penduduk kampung manakala kumpulan itu menyepikan diri.
Identiti Riana sebagai anak jutawan terbongkar dan berkesudahan mereka berempat ditangkap penjahat ketika berusaha menolong Azrah yang iri hati dengan kecantikan gadis kacukan itu.
Apakah yang terjadi kepada mereka dan siapakah sebenarnya Cikgu Shamsuri, Cikgu Azizi, Cikgu Vijay serta Cikgu Rosli akan diketahui dengan membaca novel remaja setebal 163 halaman terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd berharga RM11.90 senaskhah.























3 comments:
Kak dewi dah baca ke karya kak raina ni? sy teringin nak beli gak..nak belajar tulis novel remaja pulak..
Salam cucundaku cayang... terima kasih daun keladi.. nanti nanti keluar lagi, promote ler lagi...huhu..sabo sabo... erm... have fun kat pesta buku nanti..mwah.
Tanne: K'Dewi baru sempat baca sinopsis.. nvl ini dah ada dlm senarai pjg utk diborong di PWTC nnt! Jomlah kita beli sbg tanda sokongan utk penulisnya yg jauh nun di benua sana..
Opah De: Salam, sama2.. ah! bukannya kena byr duit iklan pun.. insya-Allah! no hal.. cepat2lah siapkan mms tu ya! Kita sama2 mempromosikan nvl2 terbitan KarnaDya agar lebih maju dan terus menerima karya2 dr kita2.. hehehe!
Post a Comment