Fun, Nice & Steady!
1 Mei adalah hari pekerja di Malaysia. Kiranya, hari ini semua pekerja direhatkan dari melakukan pekerjaan masing-masing. Untuk memanfaatkan hari cuti ini, kami sepejabat (Finance Dpmt) telah merancang satu acara yang boleh dikongsi bersama-sama iaitu 'Hari Keluarga'.
Tepat jam 3 petang, dalam suasana gerimis, sesi sukaneka pun bermula. Ada 3 kumpulan iaitu Nilam (Biru), Zamrud (Hijau) dan Delima (Merah). Di antara permainan-permainan yang telah diaturkan ialah Anak Ayam Cari Makan, Sayang Bini, Rempit Habis, Pat-Pat Siku Lipat dan lain-lain.
Sambil-sambil itu, kami saling berkenalan kerana ada yang sudah berkahwin dan berkeluarga tetapi tidak pernah berjumpa suami/isteri/anak-anak. Secara tidak langsung, hubungan kami bertambah mesra dan erat. Anak-anaklah yang paling seronok, selepas penat bermain di padang, tumpuan beralih ke kolam renang!
Manakala bagi mereka yang gemar laut, tidak melepaskan peluang untuk berendam air masin tapi ombaknya... mak oii punyalah ganas, ngeri!!!
Pada malamnya, sesi penyampaian hadiah sukaneka dan 'pot luck' diadakan. Mungkin nilai hadiahnya tak seberapa tapi masing-masing teruja saat nama kumpulan diumumkan sebagai pemenang.
Ternyata, hari ini telah melakarkan seribu satu kenangan yang sungguh bermakna...























No comments:
Post a Comment