"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

07 May 2007

Laporan 2 hari 2 malam (Siri I)

Di saat-saat akhir, saya bertolak ke KL bersama adik lelaki kerana dia ada 'job training' di sana. Kira-kira 3 jam lebih sampailah saya di Sg. Buloh, Selangor. Transit dulu di rumah adik perempuan. Keesokkan harinya, barulah check-in Swiss Garden Hotel di Jalan Pudu, KL.

Perkara pertama, tentulah saya ingin membeli tiket bas untuk balik ke JB. Gedebak-gedebuk, dari stesyen Pudu ke stesyen PWTC jam dah menunjukkan pukul 5 lebih... alamak! Waima agak lewat, saya masuk juga pintu PWTC yang tersergam megah itu.

Hehe... amboi! Ramainya manusia! Banyaknya buku! Waduh-waduh... apa nak buat? Barisan novelis sudah tersedia... Abang Ramlee, Kak Norzailina, Kak Ayuni... Aah! Lebih baik, saya cari buku dulu!

En. Norden (Eyman Hykal) sedang berdiri di lorong juruwang dan menunjukkan arah kaunter kosong kepada pelanggan yang ingin membuat bayaran. Setelah itu, saya menuju ke meja novelis. Setelah memberi salam, saya meminta Abang Ramlee menandatangan novel beliau 'Cinta Sang Ratu'. Sempatlah berposing kerana Abang Long di sebelahnya cepat-cepat menghulurkan bantuan untuk mengambil gambar kami.

Hai... penatnya! Dua tangan saya dah mula rasa lenguh kerana hampir 10 buku berada di dalam beg plastik Alaf21! Kemudian saya menyapa Kak Lina dan mengenalkan diri maklumlah saya sudah berjanji hendak bertemu dengannya. Jelas dia merasa terkejut lalu memberikan cenderahati selesai bergambar dan memberikan autografnya.

Begitu juga Anis Ayuni yang kaya dengan senyuman. Aik! Ada pulak gula-gula Hacks ungu... simbolik untuk novel terbaru beliau.

Akhirnya, saya menyapa Abang Long di dalam keletihan maklumlah saya kurang sihat namun terubat jua dengan sikap mesranya. Kami berbual ringkas dan saling bertukar pendapat mengenai aktiviti blog Alaf21FC.

Sayang sekali tak bertemu Pokcik Mersik... hihihi... kelakarlah... sebab ada beberapa perkara yang Abang Long ceritakan mengenai diri pokcik kepada saya.

Hmm... apalagi?

(akan bersambung nanti!)

No comments: