Laporan 2 hari 2 malam (Siri akhir)
Pagi Ahad itu, saya habiskan masa di tepi kolam mandi di tingkat 3 sambil menyambung pembacaan novel terbaru Damya Hanna. Adik perempuan saya dan anak-anaknya datang awal-awal pagi lagi kerana suaminya menyertai acara larian yang dianjurkan oleh Bomba Malaysia.
Err.. dalam hati ini tergerak hendak ke PWTC sekali lagi namun saya masih berkira-kira dan akhirnya, saya memutuskan hanya mahu berpusing-pusing di sekitar KL sahaja selepas check-out nanti.
Begitu pantasnya waktu kerana saya selesai mengemas beg hampir ke pukul 12 tengahari. Lalu kami bersiar-siar di sekitar Kpg. Baru, EOM di Tasik Titiwangsa, Perpustakaan Negara Malaysia dan Kompleks Kraf.
Jam sudah pun menunjukkan waktu 4 petang. Kalau boleh, saya tidak mahu pulang kerana masih belum puas menjelajah ibunegara namun adik terpaksa menghantar saya ke Puduraya lebih awal kerana keadaan trafik yang tidak pernah sunyi dari kesesakkan!
Hampir sejam, bas MARAliner yang ditunggu tiba tepat pada waktunya dan saya menyatukan diri di kerusi empuknya. Wow! Sungguh selesa dan perjalanan saya ke selatan berakhir kira-kira tiga setengah jam selepas itu... Alhamdulillah!























No comments:
Post a Comment