Laporan 2 hari 2 malam (Siri III)
"Seorang saja?" Soal pemandu teksi berbangsa Melayu, lelaki tentunya. Nampaknya dia seorang yang peramah, sesuai dengan profesyennya. Apatah lagi, di ibukota negara yang sedang berlangsung "Tahun Melawat Malaysia 2007" ini!
'Nampak lain macam je..' hati saya mula berbalah sendiri. Jarum jam di tangan sudah menunjukkan waktu lewat 7 malam. Pelbagai prasangka timbul di benak kalbu. 'Boleh percaya ke ni, hai.. sudah-sudahlah!'
"Ya."
"Banyak belanja?"
"Adalah sikit, saya beli di pesta buku tadi... setahun sekali!"
"Minat?"
"Err.. tentulah! Masyarakat sekarang sudah mula membaca, selain mendapat ilmu kita juga boleh menyokong usaha-usaha para penulis. Lagipun, saya juga minat menulis tapi hanya secara sambilan saja."
"Kerja?"
"Ya, saya bekerja tetap. Saya datang dari Johor. Cuti hujung minggu, barulah dapat berpeluang ke sini, kalau tak, susah juga."
Bla bla bla bla bla bla bla bla..... Eh! Banyak pulak yang disembangkan sehingga tidak sedar teksi kuning sudah mampir ke perkarangan hotel.
"Hmm.. you are very independent!"
Itulah sebaris ungkapannya yang masih terngiang-ngiang di cuping telinga sehingga kini. Sememangnya saya seorang yang mandiri/berdikari iaitu mampu berdiri di atas kaki sendiri. Itulah prinsip saya dan seboleh-bolehnya saya tak akan sekali-kali menyusahkan orang lain.. insya-Allah!























No comments:
Post a Comment