"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

14 June 2007

Cincin Delima by Dewi Sukma



Sebentuk cincin telah bertahun lamanya bersemadi di singgahsana milik 'Gusti Dewi Delimasari’. Satu mitos yang masih sukar dipercayai kesahihannya.

Cincin delima, lambang ikatan penyatuan dua jiwa yang lara antara Ahmad Zahim dan Siti Zulaikha. Tanpa diduga, mereka terikat dalam satu perjanjian lama!

Siapakah pula SERI DEWI MALAM??? Semenjak itu, suaranya berkumandang dalam kepekatan tabir gerbang alam.

Qayyum bakal menemui jawapannya dalam pencarian kepada sebuah kehidupan.

10 comments:

Catatan ZZ said...

Tahniah Kak Dewi...tentu gembira kan sebab cover 'permata delima' cantik sangat...pemandangan kat dlm laut...tenang/harmoni.
Semoga novel ni akn mengetopkan nama k.dewi dlm dunia penulisan...amin.

dS said...

Amin! Amin! Begitulah harapan kak dewi pada 'Cincin Delima' dan pada 'Kalung' juga.

Terima kasih, tentu Tanne dah tak sabar-sabar hendak melihat rupa 'Kalung'.. tak lama lagi tu, tunggu saja.. k!

dS said...
This comment has been removed by the author.
ManjLara said...

amboi diam2 jer dia (",)huhu... cantik kulitnye, isinya tentu lebih menawan!

Dewi,
tahniah!!

Unknown said...

Salam Dewi... tahniah yang... huhu... tak sabar nak baca Cincin Delima Sakti tu. Nak curi dan sorok dalam kelubung. Nak curi kalung si Tanne gak... ahak...
Tahniah daripada akak... mwah.

dS said...

Lara, org kata.. diam2 ubi berisi, diam2 penggali berkarat! Haa.. nmpknya, segala usaha & penat-lelah selama ini berbaloi juga.. Alhamdulillah, TQ!

OD, salam kembali! Terima kasihlah kerana sudi ingin m'baca karya sulung dewi, m'be x sehebat NK.. siapalah kita ini.. umur x sampai setahun jagung, ibarat budak baru belajar bertatih.. isk! isk!
Entah ada apa lagi yg tersorok di bawah kelubung putih? ..misteri sungguh! Hihihi.. apa kata, kita 3 org tukar novel suka sama suka, nak tak? ~_~

Anonymous said...

Tahniah juga untuk novel u ini. Hmm.. Nanti kita tukar suka sama suka nak?

dS said...

Terima kasih ZN Isa di atas ucapan. Kedatangan anda ke blog ini amatlah dialu-alukan!
Oh, boleh gak kalau nak tukar tapi camne? ada alamat tak? atau.. kalau dapat, mintalah jasa baik En. FJ so kita tukar kat free copy aje nanti.. ok, tak?

Mersik said...

Salamz Dewi.. yihaa dah keluar.. dah keluar.. Mak oii cantiknye kulit muka buku dia, cam lukisan permandang gitu. Cam lukisan batik gambor dasar laut pun ader..

Nanti masa promosi, wat baju gambor nih aa.. sure gempak nye..

Apa2 pun .. tahniahh.. tahniahh.. hik hik..

( Yg masih menunggu2 lagi posmen di depan pondok.. hik hik)

dS said...

Salamz Pokcik, jika kulitnya boleh memikat hati.. harap2 isinya juga dapat meninggalkan kesan kpd generasi remaja mahupun dewasa.

Bagus juga cadangan pokcik tu.. err.. tapi takut sedondon dgn kain alas meja plak hihihi..

Apa2 pun terima kasih.. kalau pokcik nak buku free, mailah dtg JB pd 21-22 Julai di Badan Cemerlang, Plaza Angsana tau!!!

Dtg.. jgn tak dtg!