Kek - Sedap atau cantik?
Sebentar tadi, kita ada menerima gambar kek-kek perkahwinan (emel) dari Mama Jambu. Semuanya nampak sedap dan tentu sekali ia cantik! Sebetulnya, kek-kek yang nampak cantik ini, tasteless! Terutama jika sudah diselaputi toppings; krim, dekorasi, illustrasi err.. semuanya boleh mengabui mata.
Berbeza sekali dengan kek coklat, sungguhpun tidak cantik sure tak cukup sepotong! Apatah lagi jika siap berkuah.. mwalla!
Untuk itu, di sini kita lampirkan sesalinan resepi iaitu 'Puding Coklat Bersos' untuk para pembaca blog ini mencubanya.. jika sedap, jangan lupa masak sebuku untuk kita ya!
Bahan-bahannya:
100g gula castor
100g majerin
2 biji telur
125g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
25g koko
Bahan untuk sos coklat:-
300ml susu segar
25g coklat atau
10g koko serbuk
65g gula castor
5g mentega
10g tepung jagung
Cara membuatnya ;-
Putar majerin dan gula hingga kembang dan naik.
Masukkan tepung yang diayak bersama dgn baking powder dan koko sambil dikaup-balikkan.
Masukkan adunan ini di dalam loyang yg telah dilincirkan dengan majerin.
Tutup atasnya dengan kertas surih/aluminium foil yg digriskan.
Kukus selama 1 hingga 1 1/2 jam atau hingga masak seterusnya keluar dari pengkukus dan sejukkan.
Cara buat sos coklat:-
Panaskan sedikit susu bersama tepung jagung dan serbuk koko.
Kacau rata-rata kemudian tapiskan susu tadi.
Panaskan semula bersama dengan susu yg lebih dan kacau hingga mendidih.
Masukkan gula dan mentega kacau hingga rata.
Selamat mencuba, gerenti sedap!!!























2 comments:
Wahhhh...
Memang cantik, sedap dan manis sekali.. Tapi, jgn mkn banyak2 n selalu2.. nnt kena kencing manis plak kekeke alahaiii
Kesian kat pokcik ya, tentu byk benda yg dah tak boleh dimakan.. apatah lagi jika sudah disahkan mengidap penyakit berpakej itu.. sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Setakat ini, dewi masih disahkan sihat maknanya bebaslah nak makan apa saja.. tolak batu, besi dan kayu. Kadang-kadang.. jambu batu, belimbing besi dan ubi kayu pun belasah gak! kekeke..
Jangan marah ya pokcik, nanti pokcik kena lelong kat petaling street!
Post a Comment