070707
Selain hari nikah-kahwin, seluruh dunia menyambut hari dunia atau Earth day pada hari ini. Turut diadakan konsert secara langsung 24 jam tanpa henti!
Tujuan konsert ini adalah untuk menyuarakan isihati pencinta alam supaya bumi terpelihara dari kemusnahan dan kekal HIJAU selama-lamanya. Beberapa usaha sudah diperkenalkan untuk mendidik manusia menukar habit atau kebiasaan iaitu program kitar semula dan selalu membawa beg sendiri setiap kali hendak membeli-belah.
Penggunaan beg plastik hanya menggalakkan sampah, sedangkan penebusan sisa sampah melibatkan kos yang amat tinggi! Pembakaran sampah secara terbuka pula boleh menyebabkan pencemaran udara.
Sedarlah, lapisan ozon sudah mula menipis dan tanpa kita sedar, pelbagai jenis penyakit akan timbul kepada hidupan bumi dan.. akhirnya, kesengsaraan itu hanyalah datang dari hasil sikap culas kita sendiri.
Cintailah bumi!























2 comments:
10 tahun lalu, saya pernah ramal saya akan kawin tarikh ni...siap lukis potret lagi dgn tajuk 'persandingan abadi 07 07 2007', tapi ramalan tak menjadi... kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan..uhu... sedih!!!!!!!!
Saya juga tumpang sedih kerana impian yang tidak kesampaian lebih menyeksa diri. Untuk itu, tak usahlah terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.
Jika kita yakin boleh, kita pasti boleh melakukan tapi jika kita kata saja tanpa melakukan apa-apa, lebih baik kita diam dan ikut saja rentak kehidupan yang telah diaturkan. Redha k!
(sekadar pandangan)
Post a Comment