Tentang Dewi
Sudah beberapa hari saya tidak membuat sebarang entri baru. Hai.. entahlah! Rasa seperti tiada semangat apatah lagi laman web KarnaDya tidak boleh diview seperti biasa. Kosong.
Penulisan manuskrip baru pula tersangkut-sangkut. Mungkin juga saya agak penat kerana mengikuti latihan ping-pong pada pagi sabtu dan senaman aerobik pada petang selasa (tukar kpd hari rabu mulai Julai). Waktu rehat tengahari pula saya isi dengan latihan karom.
Untuk makluman semua, pada cuti sekolah bulan Ogos nanti, saya terlibat di dalam Karnival Sukan di daerah Mersing untuk acara ping-pong dan karom. Sebenarnya, saya memang aktif bersukan tetapi terpaksa dihentikan setelah mendirikan rumahtangga dan mula mengandung.
Begitu juga dengan dunia penulisan saya. Semuanya tertunda gara-gara mempunyai anak-anak kecil. Cabaran sebagai seorang ibu di dalam zaman sains dan teknologi ini memang sungguh getir. Di tambah lagi saya berkerjaya tetap. Kadang-kadang rasa macam hendak berhenti saja tetapi jika tiada kerjaya, rasa seperti kehidupan akan datang belum terjamin sepenuhnya.
Kini, anak-anak sudah mula membesar dan boleh mandiri (berdikari). Mereka juga faham dengan situasi saya di rumah, ada masanya saya tidak berpeluang melayan mereka kerana perlu menumpukan perhatian kepada penulisan.
Percaya tak? Saya ni memanglah nampak lembut tetapi jika dengan anak-anak, saya agak tegas. Tiada kompromi di dalam bab pelajaran! Kerja sekolah mesti beres, buat sendiri kemudian barulah saya menyemaknya.
Sesekali jika cuti sekolah, kami sekeluarga pergi bersiar-siar sambil bermandi-manda di Telok Cempedak, Kuantan atau di Port Dickson, N.Sembilan. Saya akan pastikan mereka seronok dan dapat mengisi masa itu dengan aktiviti riadah agar dapat merehatkan badan dan melegakan fikiran.
Karenah mereka yang pelbagai rentak itu kadangkala menyeronokkan dan ianya telah saya garap di dalam karya-karya saya. Semoga apabila besar nanti, mereka juga akan menulis seperti saya. Menulis tentang diri dia, tentang anak-anak mereka pula atau tentang saya, siapa tahu?!























2 comments:
Comelnya anak2 k'dewi...
Eh ye ke k'dewi tegas?
Rasa macam takk percaya jek...
Tanne, tak percaya ke? Susah juga kalau tidak tegas, anak-anak nanti tidak hormat kpd orang tuanya.
Membesarkan anak-anak di zaman sekarang sungguh mencabar! Kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan keganasan melalui program tv spt kartun Naruto, Power Rangers dll.
Kadang-kadang k'dewi sengaja menutup tv atau mengalihkan perhatian mereka agar tidak melihat siri Shinchan krn takut mrk meniru aksi budak yg agak nakal itu!
Hmm.. selagi dpt kawal, selagi termampu, k'dewi cuba & b'hrp fikiran mrk tetap bersih dan tahu nilai2 moral yg sepatutnya mrk pegang di dlm kehidupan ini.
Post a Comment