"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

17 July 2007

Buletin KarnaDya Julai 2007

Ini adalah email dari 'KarnaDya Solutions'

Message:
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga KD yang dihormati.

1. KARNADYA akan berada di Johor pada 21 dan 22 Julai 2007 pada pukul 2 hingga 4 petang di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Diskaun hebat menanti peminat-peminat novel sekalian. KarnaDya akan membawa bersama penulis Bunga-bunga Kemboja, Aina Emir (Sabtu, 21 Julai sahaja) dan juga penulis baru, Dewi Sukma untuk sesi autografi. Turut hadir bersama kami ialah penulis terkemuka tanahair, Fauziah Ashari . Kepada warga KD di Johor dan Singapura, datanglah beramai-ramai ! Jangan lupa untuk membawa buku2 di dalam simpanan anda untuk ditandatangani!!!

2. KALUNG merupakan karya thriller sulung yang diterbitkan oleh KarnaDya. Novel ini penuh dengan adegan-adegan saspens dan pembaca pasti tidak akan berdaya untuk meletakkan novel ini. Novel hebat ini hanya berharga RM16.00 dan anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku MPH dan POPULAR di dalam masa terdekat ini. Selain itu, empat lagi novel awal remaja juga diterbitkan pada bulan ini, yakni Pengembaraan Fantasi: Pencuri Identiti, Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih, Cincin Delima dan Balqis dan Pendekar Cahayasukma. Kepada yang sudah tidak sabar untuk memiliki novel2 ini, anda boleh melanggan terus dengan kami! Dapatkan borang langganan dari laman web dan nikmati penghantaran pos secara PERCUMA !!!!


3. Sempena sambutan bulan kemerdekaan, pastikan anda mencatat pada kalendar anda kerana KarnaDya akan menemui anda di Alamanda, Putrajaya bersama gerombolan penulis novel dewasa dan awal remaja. Nikmati diskaun2 hebat dan jangan lupa untuk membawa bersama anda novel2 yang telah dibeli untuk mendapatkan autograf penulis. Kami akan berada di Alamanda dari 2 hingga 4 petang pada 26 Ogos 2007. Jangan lupa temujanji dengan KarnaDya! Bawa anak-anak dan adik-adik untuk beramah mesra dengan penulis2 remaja kami!

No comments: