"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

17 July 2007

TERKINI: Nuri ditemui, tiada yang selamat - Al Fatihah

Tuesday, 17 July 2007

Helikopter Nuri ditemui jam 1.24 petang tadi

HELIKOPTER NURI yang terhempas ditemui petang ini dan menurut Pengawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Zulkiflee Abdul Latiff keenam-enam prajurit yang terbabit dengan nahas itu terbunuh.

"Helikopter tersebut ditemui jam 1.24 petang tadi dan semua mayat akan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur," katanya sebentar tadi.

Bangkai pesawat itu ditemui anggota pasukan melalui gerakan darat di sebuah lokasi 5km Barat Laut dari Genting Sempah pada pukul 1.24 petang.

Waris dan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai berita buruk itu dan mereka kini sedang menunggu ketibaan jenazah di HKL, demikian menurut laporan Bernama.

Mereka yang terkorban juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sarjan Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.

Bangkai pesawat itu ditemui pada hari kelima selepas ia dilaporkan hilang pada kira-kira jam 9.35 pagi, 10 minit selepas ia meninggalkan Pangkalan Udara TUDM menuju ke Kuantan Jumaat lalu.

Gerakan mencari dan dan menyelamat, yang dilancarkan serta merta membabitkan lebih 1,000 anggota namun mereka menghadapi kesukaran untuk mengesan pesawat itu kerana berhadapan dengan masalah hutan tebal dan cerun curam di kawasan pergunungan itu.

Usaha mencari dan menyelamat dari udara yang dibantu sebuah helikopter Sea Hawk dari tentera Amerika Syarikat, juga sukar akibat cuaca berkabus tebal dan hujan lebat sejak nahas itu.

BERITA BERKAITAN

Nuri terbang rendah
GENTING HIGHLANDS: Helikopter Nuri yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dikatakan berlegar pada paras rendah di belakang banglo Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong berhampiran kawasan hutan Genting View dan Gohtong Jaya.

Dua saksi dalam laporan dibuat semalam, mendakwa pesawat itu berlegar-legar kira-kira 30 saat sebelum meninggalkan kawasan berkenaan.

Berikutan laporan terbaru itu, operasi mencari dan menyelamat helikopter berkenaan yang masuk hari keempat semalam, ditumpukan di sekitar kawasan hutan Genting View dan Gohtong Jaya.

Jurucakap Markas Operasi Tentera di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, berkata setakat ini hanya kawasan itu yang tidak dapat ditinjau dari udara kerana cuaca buruk dan bentuk muka buminya bercerun.

Beliau berkata, unit Pasukan Khas Udara (Paskau) yang memasuki kawasan itu kelmarin, juga belum menemui petanda mengenai lokasi pesawat berkenaan.

“Setakat ini mereka sudah menghabiskan sebahagian pencarian di kawasan terbabit dan perlu mendaki satu lagi curam untuk menghabiskan pencarian,” katanya, ketika ditemui pemberita, semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam pihaknya menerima kira-kira 50 laporan orang awam mengenai lokasi terakhir helikopter itu dilihat.

“Kami sudah mengkajinya untuk mencari petunjuk terbaik. Kami juga memperluaskan kawasan operasi ke Hulu Langat kerana bentuk muka bumi di sana yang berbatu boleh menghalang frekuensi perhubungan.

“Kami mengambil kira kemungkinan faktor ini menyebabkan helikopter yang hilang tidak dapat dihubungi," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang juga bekas tentera memberitahu Berita Harian, dia mendengar bunyi helikopter di kawasan cerun di belakang rumah Lim sebelum hilang di kawasan hutan di situ, Jumaat lalu.

"Saya tahu itu bunyi helikopter, tetapi tidak nampak pesawat kerana kabus tebal. Melalui bunyinya, saya yakin ia bermasalah," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Beliau yang kini bekerja di kawasan itu, bagaimanapun berkata, tiada sebarang bunyi letupan kedengaran.

Kelmarin, satu unit 18 anggota Paskau dikerah memasuki kawasan hutan belakang Genting View dan Goh Tong Jaya selepas tinjauan udara yang disertai Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menggunakan helikopter peribadi baginda, dikatakan melihat kesan pokok patah dan terbakar.

Sehingga jam 7 malam tadi, 1,386 anggota pasukan mencari dan menyelamat, iaitu tambahan 462 anggota, menyertai operasi itu termasuk dari Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta Bomba dan Penyelamat.

Pesawat Sea Hawk dari Tentera Udara Amerika Syarikat turut membantu operasi itu.

Sumber:Berita Harian

No comments: