Kali Pertama (II)
sambungan...
Hmm... hari kedua Aina Emir (AE) tiada, Fauziah Ashari (FA) & Saffiya Azham (SA) pula tiba agak lewat jadi duduklah saya seorang diri. Kiranya saya ni dah macam Jurujual pula kerana melayan para pengunjung yang telah pun menunggu novelis kesayangan mereka iaitu AE dan FA.
Ramai yang hampa kerana AE tiada namun mereka tetap membeli novel BBK, Kalung dan novel-novel KarnaDya yang lain. Saya memberi alasan AE tidak sihat dan jika mengikut program beliau cuma berada di Badan pada hari Sabtu sahaja.
Yang kelakarnya, ada pula yang menyangka saya ni AE?! Haru betul... namun demikian saya tetap mengawal diri dan cuba berinteraksi dengan sebaik mungkin. Hai... sampaikan jarum jam bergerak pun tak terasa, sekejapan sudah hampir ke pukul 4 petang!
En. Halim bertanya, "Bagaimana, mahu tunggu lagi?" kerana semasa itu, pengunjung kedai bertambah ramai maklumlah pada petang yang sama, penyanyi No.1 'toooot' ada membuat persembahan di hadapan pasaraya UO.
Setelah pukul 4.45 petang barulah kami bergerak. En. Halim mempelawa kami makan-makan di restoran KR.
"Bolehkah kita keluar sekarang?"
"OK!" Tiba-tiba perut terasa lapar pulak! Hi... hi... hi...























1 comment:
Dewi,
Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan Dewi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar di JB. Cuma Kak aina memang terkilan sebab tak dapat hadir sama pada hari Ahad. Ada juga pembaca Kak aina yg hantar SMS dan emel, sebab tak dapat jumpa pada hari Ahad tu. Apapun, Kak Aina seronoklah lepak dengan Dewi pada hari Sabtu tu. Kalau Kak Aina ada pada hari Ahad... bolehlah sama2 kita lepak dengan mamat penyanyi tu, kan?
Sayang sekali... gambar yang ada tu hanya pada sekitar jam 2 pada hari Sabtu sahaja, sebab selepas itulah pengunjung lagi ramai, kan? Kata Dewi hari Ahad lebih ramai lagi... tak apalah... nanti kita lepak lagi di Alamanda pula.
Post a Comment