"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

23 July 2007

5 Novel

Hoorey! Seronok tak terkata tatkala 5 novel percuma sudah sampai ke tangan saya... iaitu 3 novel 'Cincin Delima', 1 novel 'NK2-Misteri Kelubung Putih' dan 1 novel 'Balqis dan Pendekar Cahayasukma'.

Terima Kasih, En. Fadhli Jamal di atas bimbingan dan tunjukajar! Saya berharap karya saya akan datang juga bakal diluluskan seterusnya diterbitkan iaitu 1 mss nopen, 1 mss remaja dewasa (sudah hantar) dan 1 mss awal remaja (hampir siap).

Semoga KarnaDya terus sukses dan terkenal sebagai sebuah syarikat penerbitan paling TOP di seluruh dunia!!!

Amiiin!!!

2 comments:

Unknown said...

Huwaaa... cemburulah pulak. Rugi tul tak tukar suka sama suka semua novel2 yg keluar hari tu. Baki RM1 nvl u bagaimana? Jumpa di Alamanda nanti kak bayar k?

dS said...

Hmm.. mmg rugi kak! dewi dh habis bc Kalung n start bc nvl Balqis.. ada fantasi/pertarungan, mmg best! Err.. m'be x setanding dgn nvl dewi tu..

RM1? Ah.. tak pe kak, halal! Jumpa kak kat Hi-T & Alamanda nnt ya!