"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

18 July 2007

Salam Muhibbah




Buat pertama kalinya, Sabtu dan Ahad ini saya dan novel "Cincin Delima" bakal muncul di acara promosi KarnaDya sempena Karnival Julai oleh sebuah kedai buku yang begitu popular iaitu Badan Cemerlang di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Selain saya, Kak Aina Emir akan turut hadir pada hari Sabtu untuk mempromosikan novel-novel beliau iaitu "Kau Laksana Bulan..." dan "Bunga-Bunga Kemboja".

Di dalam masa yang sama, saya masih ternanti-nanti naskhah percuma yang telah dijanjikan oleh pihak KD. Err.. saya pun sudah tidak sabar2 ingin melihat rupa karya saya yang telah dibukukan itu!

Pagi ini kawan-kawan sepejabat mula kecoh apabila ternampak kertas iklan dari Badan Cemerlang. Mereka pun mulalah membuat promosi dan siap menampal iklan tersebut. Hai.. rasa panik dan malu pulak sebab tak sangka ramai yang memberikan sokongan.

Ada yang sudah memesan awal-awal novel CD lengkap ditandatangani malah ada yg tanpa teragak2 minta novel secara percuma! Haru..

Perkara seperti ini mungkin agak basi kepada novelis fofuler sediada tapi bagi diri saya pula.. ianya merupakan satu paradigma atau perubahan di dalam kehidupan ini.

Harapan saya agar karya sulung ini dapat menarik perhatian golongan pelajar-pelajar sekolah dan jadikan ia sebagai salah satu medium untuk memertabatkan maruah bangsa.

AWAS! Usah biarkan diri kalian hanyut ditolak badai ke tengah lautan tanpa bekalan secukupnya..

"Membaca Jambatan Ilmu"

No comments: