Semangat Kemerdekaan
Salam selasa buat semua, hmm.. pejam-celik2 hari ini sudah pun sampai ke penghujung bulan Julai dan beberapa jam saja lagi kita bakal melangkah ke bulan Ogos atau lebih dikenali sebagai bulan kemerdekaan.
Di sana-sini, sambutan mula dirancang.. ada yang sibuk memasang bendera, ada yang sanggup berjemur di tengah padang untuk berlatih perbarisan, ada juga yang akan mengambil bahagian di lain-lain acara kemuncak pada 31 Ogos nanti. 2 tahun lalu, saya pernah terlibat di acara tersebut di Kulai. Kebetulan pasukan koir kami menjadi naib juara di dalam pertandingan koir kebangsaan peringkat daerah yang sama.
Perasaan saya ketika itu sungguh bangga kerana dapat bersama-sama sebahagian masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum. Saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat kemerdekaan.
MERDEKA!























No comments:
Post a Comment