"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

30 July 2007

Undangan Syima Syawal


Ahad lepas, tepat pukul 4.30 petang saya & famili tiba di Taman Kota Masai. Cari punya cari, akhirnya berjumpalah rumah tersebut. Ehem! Patutlah blognya bertema 'pink kaler' rupa2nya ruang di dalam rumahnya juga bercat pink! Amboi.. sampaikan cover novel kedua pun 'pink kaler'!

Dari luar lagi saya sudah terhidu aroma nasi tomato, tanpa toleh kanan dan kiri lagi saya pun main terjah aje. Kebetulan, kumpulan yasin wanita baru saja bersurai maka saya pasti tuan rumah tentu amat sibuk melayan para tetamunya. Apatah lagi dengan keadaannya yang baru saja 'lepas hari' itu.. dengan baby kecilnya lagi err.. memang tidak menang tangan!

Setelah bersalaman, saya pun mula menyenduk nasi dan memilih lauk yang disediakan. Ayam masak merah, kuah dalcar, acar rampai dan berbagai-bagai juadah pemanis mulut. Sambil makan, sambil bersembang sehingga tidak sedar masa berlalu.. sekejap saja sudah hampir ke pukul 6!

Buat Syima Syawal, berjuta-jutaan terima kasih dewi ucapkan di atas menu yang istimewa itu serta layanan mesra yang tidak mungkin dewi lupakan untuk selama-lamanya.. dan tahniah juga di atas kelahiran anak & novel kedua.. hihihi.. agak sinonim pulak tu!

No comments: