Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Kalung
Saya mengambil masa selama 2 hari untuk menghabiskan novel terbaru Zahida Zarkasi @ Tanne. Itupun kerana bekerja... jika tidak, tentulah saya dapat melayan misteri gadis bernama Nia lebih awal lagi.

Hmm... saya kehilangan kata-kata untuk memberikan ulasan. Mungkin debaran pada penamat cerita itu masih terasa sehingga ke saat ini.
Hai... minta-minta tiada Nia di alam realiti ini kerana jika ada... betapa malangnya nasib seorang perempuan! Hanya kerana terpesona pada pemilik 'Kalung' dia terikat. Dia biarkan dirinya diselubungi misteri yang seterusnya memalangkan dirinya sendiri...
Nota : Tahniah Tanne!
1 comment:
TQ atas komen...n TQ coz dah dptkan kalung. Konfem tak ada gadis yg terima nasib macam Nia di alam realiti tetapi yg bernasib lebih malang dr Nia tentu banyak.
Post a Comment