"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

26 July 2007

Eksklusif ~ Nenek Mariam

Tiada siapa dapat menduga nasib kita di masa tua kelak... lihatlah nenek berusia 84 tahun ini. Namanya Mariam. Berasal dari sebuah kampung di Johor. Suratan Takdir telah membawa dirinya jauh tercampak ke negara Korea kira-kira 62 tahun!


Syukurlah kerana di atas usaha KBS dan pelbagai pihak, dia dipertemukan semula dengan 2 dari 3 anaknya yang pada mulanya disangkakan telah tiada di dunia ini. Namun di atas desakan naluri seorang ibu, setiap hari dia berdoa agar dapat berjumpa dengan waris keturunannya walaupun dia kini sudah menganut Kristian.







Yang lebih tragis, selama ini dia tidak mempunyai identiti diri dan kewarganegaraan. Sebaik saja program TV KBS itu berakhir, negara Korea telah menganugerahkannya dengan sekeping sijil kerakyatan.


Semoga kita mendapat iktibar dari kisah Nenek Mariam ini... Wallahualam!

2 comments:

Queen Latifah said...

Dewi,
Kak aina ada baca kisah nenek ini, dan seperti apa yang Dewi katakan, ini merupakan sebuah perjalanan hidup yang tragis buat seseorang. Teringat kepada novel Kak Aina, Bunga-Bunga Kemboja... kalaulah Nur Qahira tidak pulang ke Malaysia... dia akan terus hidup tanpa imannya...mungkin sebagai seorang yang tak tentu pegangan agamanya, walahualam. Semoga kita sebagai orang Islam, dilindungi Allah SWT.

dS said...

Lebih banyak kisah nenek ini yang telah tersurat tapi tidak tersirat untuk diperkatakan lagi.. sejarah hidupnya berliku-liku penuh onak dan duri. Cubalah kita bayangkan zaman darurat ketika itu...

Dewi masih ingat lagi cerita yang disampaikan oleh arwah nenek, anak-anak gadis ketika itu terpaksa disorok di bawah kolong atau di dalam reban ayam supaya tidak menjadi mangsa kerakusan tentera Jepun dan komunis. Ada pulak tu yang dikahwinkan segera walaupun baru berusia 13 tahun!

Ahh! Tak tahulah nak kata apa kerana soal agama ini agak sensitif dan tanpa kita sedari.. di dalam negara pun ada yang sesuka hati memurtadkan dirinya sendiri!