Ahad di Alamanda
Alamanda? Namanya memang gah kerana gabungan di antara dua perkataan, Alam dan anda tapi pusat perniagaan ini tidak segah yang digambarkan. Sehingga saya terpinga-pinga bagaikan si rusa masuk ke kampung pulak!
Keadaan di luar, lenggang saja! Selepas berjaya mencari kawasan petak meletak kereta yang sesuai, kami sekeluarga mengorak langkah menuju ke bahagian dalam. Hanya ada dua pasaraya besar di situ, Carrefour dan Parkson. Pun begitu, ada banyak restoran yang terdiri dari pelbagai nama besar seperti Pizza Hut, A&W, McD, KFC dan lain-lain.
Kedai buku MPH sedang mengadakan promosi besar-besaran di ruang Centre Court. Tepat pada pukul 2 petang, penulis-penulis dari KarnaDya duduk di meja yang disediakan. En. FJ membuat pengumuman dan Kak AE turut menyampaikan sedikit ucapan. Cikgu Busu memberikan sepatah dua kata. Saya.. err.. tak ada idea lalu membaca saja kata-kata yang terdapat di dalam setiap novel awal remaja KarnaDya. Tanne masih diam saja dan malu untuk bersuara.
Turut hadir di majlis itu ialah Mersik, Ainin Naufal, Alias dan.. Nabil! Ah, muncul juga dia walaupun terkejar-kejar dari majlis konvokesyen di UPM. Tahniah buat Nabil dan d'Lyn kerana anda berdua telah berjaya memperolehi Masters! Kami turut menumpang bangga di atas kejayaan kalian itu.
Lara!!! Itupun dia, dari jauh lagi saya sudah mengecam wajahnya. Terima kasih di atas sokongan dan gambar kita berdua memang Da Bomb! Saya harap Lara sukses di dalam dunia penulisan dan rasa sudah tidak sabar lagi hendak memiliki novel sulung Lara itu!
Buat Tanne pula, terima kasih kerana sudi melayan karenah kak dewi dan jangan serik tau! Teruskan usaha Tanne di dalam menghasilkan karya-karya yang meletup! Biar sampai jiwa pembaca meletup sama.. kahkahkah..
Kak AE, perut dewi kekenyangan sampai terlena keletihan di dalam kereta yang dipandu oleh sidia yang setia.. Yang kusayang selama-lamanya, insya-Allah! Anak-anak pun macam biasalah, ada-ada saja permintaan mereka, nak itulah, nak inilah! Akhirnya, mereka turut keletihan sama.. Zzzzzzzzzz..























2 comments:
Tak apa la Dewi.. janji sepanjang masa disana tuh leh maintain anggun lagi.
Senyum tak lekang dibibir gitu.. caya la hik hik
penat yang berbaloi tu Dewi, ^_^
harap kita boleh jumpa lagi, tak puaslah borak huhu..
Post a Comment