Sabtu itu!
Salam buat semua rakan-rakan yang sudi melawat halaman ini yang kadangkala sunyi-sepi tiada berpenghuni, maklumlah saya berpergian lagi ke Kuala Lumpur. Bandaraya yang pernah saya huni itu tidak pernah berubah. Kesesakan ada di mana-mana, jika tidak kenderaan, manusia pula mengambil alih. Ya, mungkin juga disebabkan cuti sekolah, tentu saja bapa-bapa dan ibu-ibu membawa anak masing-masing bersiar-siar di ibukota.
Pagi-pagi lagi, saya sudah bersiap-siap seadanya dan bertolak dari Muar ke Seremban. Dari Seremban, saya bertemu Tanne di stesyen komuter. Syukurlah, Tanne sudah belikan tiket dan kami terus masuk ke dalam komuter. Hmm.. perjalanan dari Seremban ke UKM Bangi tidak terasa jauhnya kerana terlalu asyik berborak. Seorang dari selatan, seorang dari utara. Bertemu pula di dalam komuter, apalagi.. gamatlah jadinya! Hai.. biarpun Tanne seorang pendiam tapi saya asak juga dengan pelbagai pertanyaan. Sabar ajelah! Hmm.. nasib baik dia tak kisah dan turut sama melayan celoteh makcik ni!
Bengkel di UKM, kami bertemu dengan beberapa orang penulis, Hana, Bikash, Kak AE, Mat-mat hensem KD... Kak AE menyampaikan taklimat dan menggesa kami menulis sesuatu yang lain. Insya-Allah, saya akan berusaha menghasilkan karya dan mungkin perlu lebih banyak masa untuk berangan.. kehkehkeh!
Jam sudah hampir ke pukul 2 petang namun saya dan Tanne masih terkandas di lebuhraya. Tiba di MPH One Utama agak lewat, alamak! Penuhnya bilik tersebut, hendak tak hendak, kami duduklah di bangku 'Reserved' iaitu barisan paling hadapan! Forum sudahpun dimulakan dengan beberapa hujah dari pengerusi dan ahli panel.
Di antara topik menarik adalah mengenai tahap kecekapan penerbit di dalam menentukan status penjualan buku-buku terbitan mereka. Ada juga yang mempertikaikan isu bayaran setem pos yang agak mahal di Malaysia berbanding di negara luar. Ya, betul juga! Sepatutnya Pos Malaysia lebih proaktif di dalam memberikan sokongan kepada penulis dengan mengurangkan kadar setem untuk buku..
Hmm.. saya diam sahaja dan khuyuk mendengar. Mungkin majlis seperti itu lebih bagus disertai oleh penulis-penulis elit yang sudah mempunyai karya-karya agung tapi saya.. siapa? Habuk pun takde! Hihihihi..
Pun demikian, terima kasih KD! Peluang seperti ini amatlah saya hargai kerana saya telah didedahkan kepada dunia yang lebih standard! Cehhh..
Aduh.. penat giler! Kak AE mempelawa kami pulang bersama dan menurunkan kami berdua di stesyen komuter Nilai. Tahu tak, tiba Seremban sudah pun pukul 9 malam!!! Zzzzzzzzzzzz..























3 comments:
DS... nanti bolehlah bagi tau apa yang kak Aina katakan yek.... lehlah terus mail kat kita key...nak gak tau... nanti kita belanja DS kopi....
Terima kasih bgth apa yg berlaku di forum MPH tu....sy tak faham apa2 pun...hahahahaha
SS, sdh dijawab by emel.. hrp b'puashati!
Tanne,sama2.. bohonglah! takkan x faham langsung.. hihihi..
Post a Comment