Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Kadang-kadang saya suka melihat kartun untuk mencari idea kerana anak-anak saya, Afifah & Insyirah adalah peminat setia kartun 'Dora The Explorer' . Saya dapati ia mengandungi nilai-nilai yang baik dari segi pendidikan ilmiah.

Manakala Aiman lebih gemar menonton cerita kartun aksi seperti 'Naruto' atau penyiasatan seperti 'Detektif Conan'. Jika tiada apa nak buat, saya pun sama-sama melepak di depan TV menonton siri tersebut. Hehehe..

No comments:
Post a Comment