"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

07 August 2007

Give and Take

Minggu lepas, saya sibuk sekali membuat pesanan novel sendiri dari KarnaDya. Selepas membuat urusan bank-in di MBB, saya menghantar sesalinan slip bank melalui fax. Beberapa hari kemudian, pesanan diterima.
Di dalam kepala sudah tersenarai beberapa nama.. terutama Editor saya iaitu Cik CT dan beberapa rakan-rakan blogger.. sudah pun selamat dipos! Untuk Mama J pun ada.. dewi akan serah dengan tangan tapi.. bila mama hendak datang? Buat Pokcik yang tak jemu-jemu minta novel free, jangan marah ya.. sebab dewi akan bagi masa kita berjumpa di MPH nanti.. itupun kalau Pokcik datanglah! Hehe..
Alhamdulillah, lega rasanya.. hmm.. di dalam beberapa hari ini mereka pasti menerima novel saya itu. Saya berharap mereka gembira dan tidak mengharapkan apa-apa balasan pun. Cukuplah sokongan dan dorongan dari mereka. Itulah sebenarnya pembakar semangat saya untuk terus menulis dengan lebih baik dan menghasilkan karya-karya bermutu.
Orang kata, di dalam hidup ini perlu ada 'Give and Take' lebih-lebih lagi di dalam membina sebuah ikatan persahabatan.
Di dalam masa yang sama, saya juga menerima sebuah bungkusan dari Noranda, Australia Barat! WoW.. tebalnya novel Ajak Kadir! Berjuta-jutaan terima kasih buat OD, novelis tersohor yang tersorok jauh nun di sana.. dewi tak tahu nak balas dengan apa? Jasabaik OD akan dewi kenang di sepanjang hayat ini, insya-Allah!

5 comments:

Unknown said...

Salam Cucundaku Dewi Sukma...
Salam dari kayangan... huhu. Kan tajuk entri ni give and take? Jadi... jeng jeng jeng... OD tak harapkan apa-apa. Kerana menghargai persahabatan Dewi, OD hantar buku Ajak itu sebagaimana OD hantar kepada sahabat-sahabat lain yang OD sayangi dan hormati. Harapan OD, semoga Dewi terhibur dengan Ajak. Satu sahaja yang OD hendak, komen seikhlas-ikhlasnya. Itu sahaja.

Unknown said...

Komen tambahan...
Ermm.. edit ler entri tu. Mana tersohornya? Buat malu je... huhu...

Mersik said...

Waaa.. seronok nyer... Kalau begitu.. sesudah subuh pokcik tunggu di Alamanda ngeh ngeh kekekekeke

dS said...

Salam sayang dari kayangan.. buat OD!

OD, insya-Allah dewi akan review sebaik saja dewi menyelesaikan pembacaan. Cuma dewi x sangka nvl Ajak setebal itu! Wah.. tentu ceritanya lebih mencabar dr siri NK.

Dewi dh habis bc NK2, mmg bez esp watak WBP tu.. rupanya dia ada penyakit Albino.. hehehe lawak btul!

NK3 nnt entah camne plak lawaknya.. smoga OD terus giat menulis w'pun sampai pc rosak2 dibuatnya.. kehkehkeh!

Pd dewi OD tetap Novelis Tersohor, tiada sesiapa pun yg bleh menafikannya.. Chayok!

dS said...

Amboi pokcikz yg ganteng ni.. cepat2 declare nk dtg.. kononnya sesudah subuh.. ok, dewi tunggu dr sabtu kliwon.. jgn x jadi plak ya!