Sedikit updates dr KarnaDya..
Salam Kak Dewi, (Dengan senyum melebar, k'dewi membalas salam seraya menyambung pembacaan..)
Kesian kak dewi tunggu lama2. (Hai.. nak tau tak, k'dewi hampir sengsara! manakan tidak, dah 2 minggu lebih tunggu jawapan yg x kunjung2 tiba.. err.. nasib baik bulan puasa, jadi kira dimaafkanlah! Harap SS dan adik Aieza turut mengerti isi kandungan emel ini huu.. huu..)
Berkenaan Anakonda, tahniah kami ucapkan. Perubahan yang drastik, tetapi hasilnya sesuatu yang menarik. (Hmm.. berhempas pulas gak k'dewi memerah kepala otak mencari ilham. Lebih-lebih lagi selepas dikatakan ianya sebuah manuskrip yang 'blur' namun, k'dewi anggap itu semua sebagai satu cabaran di dalam bidang ini.)
InsyaAllah boleh diterbitkan. Saya akan maklumkan berkenaan jadual penerbitannya kepada Kak Dewi nanti. (Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt, akhirnya manuskrip ini berjaya memenuhi kehendak KarnaDya! Kak Dewi berharap sangat agar novel remaja ke-2 ini dapat diterbitkan sebelum pesta buku 2008, ya!)
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. (Terima kasih!)
Teruskan menulis! (Sudah tentu, manuskrip 'blur' ini sudah terbahagi kepada 2.. sebahagiannya masih di peringkat membina sub-plot dan insya-ALLAH akan dihantar sebaik saja disiapkan pd Nov'07.)
- - - - - - - - - - -
Fadhli Jamal
p/s: Jawapan yg tersirat tak tersurat.. hihihi!























No comments:
Post a Comment