Sedikit updates yang ingin dikongsi bersama
Semakin dekat hari raya, semakin malas pula nak tulis N3. Begitu juga bab tulis-menulis, terpaksa diperam dahulu buat seketika sempena hari-hari terakhir bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Sedih pula rasanya kerana nikmat Ramadan ini tidak sama seperti di bulan-bulan yang lain. Jiwa lebih tenang dan harmoni bahkan setiap amalan terasa lebih ringan dan berkat.. insya-Allah!
Hmm.. mood raya juga dah melanda! Serba-serbi nak buat, sampai tak cukup tangan. Lebaran tahun ini, saya menyambutnya ala kadar saja. Dlm bab kemas-mengemas rumah ni.. nasib baik Afifah sudah boleh diharap dan diarah itu-ini tapi biasalah.. kerja sikit, main aje yg lebih.. ditambah lagi dgn campurtangan dr Insyirah, dia pun sama nak berrebut-rebut penyapu dan penyodok sampah, nak menolong kakak kononnya sehingga satu apa pun tak jadi!!! Last-last, saya mengamuklah! Terpekik terlolong mengalahkan Tarzan di rimba hihihi.. kurang pahala puasa.. err.. dugaan!
Minggu ini, barulah lega sdkt kepala saya kerana mss yg terperap hampir setahun sdh selamat diposlajukan. Dan rasa lebih lapang stlh menerima kiriman emel dr Kak Wan Rohana, Alaf21 sebentar tadi..
Saudari,
Manuskrip tersebut baru saja diterima jumaat lalu. Akan dinilai dan akan diberitahu keputusannya akhir bulan ini ya.
Terima kasih di atas minat saudari. Moga kita boleh bekerjasama.
Terima kasih
Wan rohana
~Rupa-rupanya, Kak Wan berasal dr Stulang Baru, JB dan pernah bersekolah di SSI. Hihi.. sekampung kita ya?! Cepat-cepat saya membalas emel namun malangnya direject pulak! (mungkin kotak emel Kak Wan penuh) Almaklumlah sajalah..
Eh-eh, Pokcik Mersik pun hantar emel juga! (macam berjanji pulak ya.. org kuat Alaf21 fc ni..) Begini petikan emel dr pokcikz..
"Salamz Cik Dewi Sukma ,
Amboi2.. sekarang kalau gi MPH online jek dah leh nampak wajah dan buku awak aa.. alahaii seronok nyer.. satu malaya leh tenguk cik DeWi yg glamer nih kekekek
Tahniah daun keladi kite ucapkan , semoga akan terus berusaha dan berkarya bagus2 dimasa akan datang..
Pokcik mersik"
~Dewi ucapkan jutaan *patplo juta kali* terima kasih di atas ucapan pokcik, dewi ni tak ada glamer mana.. pun! Macam biasa aje.. menumpang keglameran pokcik sebenarnya.. hihihi.. acah aje tu! Dewi ni menumpang nama KarnaDya yang mahsyur tu! Hmm.. harapan dewi bukan setakat satu Malaya aje.. malah kalau boleh, satu dunia! WORLD.. tak gitu, pokcik?























4 comments:
Alahaii Dewi , termalu plak pokcik dibuatnya.. nasib baik teringat nak puji2 sikit2 jek.. kalau tak mau dua tiga muka penuh kekekek..
Tak apalah.. bulan2 puasa ni selain dugaan , ada juga berita2 baik yang mendatang..
Kira seronok laa nnt nak beraya.. hati pun senang.. Eh, kuih muih cukup tak.. ramai oang nk dtg beraya ni.. kekek alahaii
Alamaks! Maaflah, jika dewi dah buat pokcik termalu2 gitu, lain kali tulislah panjang berjela biar satu page penuh dgn surat istimewa yang memang ber'cinta' nak dpt dr pokcik ni, hihihi..
Lagipun secara kebetulan aje tu, semasa sdg syok2 menulis N3 tu.. surat pokcik plak tetiba terbang melayang lalu hinggap bertenggek di pc ni! Kacau daun aje.. tapi.. nasib baiklah dpt kata-kata pujian, kiranya ia bagaikan satu suntikan semangatlah!
Mmglah seronok, rasanya raya tahun ini lbh meriah walaupun disambut secara sederhana. Di samping bermaafan, nikmatilah hidangan apa-apa yg ada.. klau x de, buat-buat macam ada, hihihi!
Budak-budak zaman sekarang, bukannya kisah makan kuih raya. Yg penting sekali bg mereka, duit raya, kan?! Insya-Allah, bajet ada.. tak lari punya!
harap manuskrip tu diterima...tak sabar nak tahu endingnya..hari tu kdewi cerita separuh jalan je
Insya-Allah! Mss Tanne, apa citer? Buku Prima ada respons tak? Hmm.. endingnya? Kalau nk tahu, jomlah naik ke atas kayangan!
Post a Comment