BEE MOVIE

Boring? Letih? Tension? Jom tengok wayang!
Jika sekadar inginkan filem yang santai, bolehlah pilih cerita ini kerana saya sendiri tidak puas selepas menonton kerana jalan ceritanya terlalu ringkas dan tiada unsur suspens. Malah penamatnya sudah boleh diagak. Namun demikian, watak utama iaitu Barry B. Benson yang selalu control macho dan ada hati hendak memikat seorang gadis penjual bunga, Vanessa sungguh menarik esp buat anak2 kecil. Cuma adakala aksinya itu agak keterlaluan!
Sedikit ringkasan cerita..
Seawal babak, seekor Bee yang macho, Barry B. Benson sdg bersiap-siap hendak menghadiri majlis graduasi. Tanpa diduga rupa2nya hari tersebut juga adalah hari untuk mereka membuat pilihan kerja. Dan cuma ada satu saja pekerjaan iaitu di sektor kilang madu!
Ada satu syarat yang sangat mustahak yang perlu dipatuhi iaitu seekor Bee tidak dibenarkan sama sekali bercakap dengan manusia. Namun Barry telah melanggar syarat itu kerana semata-mata dia hendak menyampaikan ucapan penghargaan kepada Vanessa yg telah menyelamatkannya.
Akhirnya, mereka bersahabat baik dan Barry mula menyedari selama ini manusia telah merampas madu milik warisan Bee dgn sewenang-wenangnya. Malahan, ada sebahagian rakan2nya yg diperangkap di dalam sangkar tiruan! Barry bangkit untuk menuntut keadilan di mahkamah manusia.
Selepas mengumpul fakta, bukti dan saksi termasuk penyanyi 'Sting', Barry beroleh kemenangan dan perusahaan madu milik manusia lumpuh. Manusia dilarang memakan segala jenis madu. Apabila madu dikembalikan ke kilang Bee, semua Bee yang dulunya sibuk berkerja kini hanya duduk bersantai di rumah 24 jam. Justeru, proses pendebungaan tidak berlaku dan membantutkan tumbesaran. Semua bunga-bunga di dunia mulai kering, layu lalu mati..
Vanessa akhirnya terpaksa menutup kedai bunganya. Barry pening memikirkan masalah yang menimpa kerana semuanya berpunca dari tindakannya sendiri. Bagaimana dia hendak memulihkan keadaan? Di mana dia hendak bermula? Jika tiada bunga, bermakna.. satu hari nanti, tiada hidupan lagi di dunia ini! :( Hmm.. ?!























No comments:
Post a Comment